Wednesday, February 23, 2011

My Best Friends...

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang budak lelaki poyo, nama dia Amar Ridham. Pada usia 13 tahun, dia telah berjaya memboloskan diri ke sekolah menengah iaitu SMK Seri Berang…

Amar Ridham telah ke SMK Seri Berang selama 5 tahun. Dalam jangka masa itu, Amar Ridham telah bertemu dengan dua orang sahabat baik. Nama mereka ialah Fakhrul Zakry dan Badrul Salleh.


 From left: Badrul, Fakhrul and Amar Ridham.



Mereke bertiga suka berkepit bersama. Otak sama-sama tak center menjadikan mereka sangat rapat. Lepak di library memang favourite mereka. Sambil-sambil lepak diorang suka buat shooting video klip dalam library tue. Yang paling diingati ialah video “Ratapan Anak Tiri” yang dilakonkan oleh Fakhrul Zakry dan Badrul Salleh.

Amar dan Badrul ialah pengawas perpustakaan. Cuma masa tingkatan 5 je Amar Ridham upgrade jadi pengawas sekolah. Masa jadi pengawas perpustakaan, Amar ngan Badrul suka curi kunci library, and then angkut Fakhrul Zakry lepak sekali kat sana. Bertiga je, orang lain takleh masuk sebab mereka kunci dari dalam.

 Sungguh cute si mate sepet itu... Tersenyum lebar...

 Ketika usia 16 tahun, taman menjadi lokasi photoshoot...


Waktu feveret melepak dalam library adalah ketika ko-kurikulum. Lepas sain attendance terus lenyap dari ko-kurikulum, berbekalkan alasan nak pegi jamban. Mereka juga suka lepak lepas habis kelas petang. Perangai mereka memang macam tauhu busuk tak tahu malu, sebab senang2 akses computer library, pasang lagu kuat2 sambil buat experiment daripada experiment kit yang cikgu mereka tak guna tue.

Selain itu, mereka juga suka mengambil gambar. Terutamanya Fakhrul. Orang lain miskin papa kedana, tapi dia form one dah bawak hset sendiri gie skolah… Hehehehe… Badrul Salleh mempunyai otak yang sangat genius, hingga tidak dapat dipahami bagaimana boleh jadi begitu genius. Amar Ridham pula, seorang average, aktif dengan aktiviti pengawasnya seperti jadi pembaca ikrar, jadi host perhimpunan. Memang vogue.


 Fakhrul Zakry jauh nun di UiTM Perlis...

 My favourite pic.


Pada suatu ketika, mereka pegi ke Kuala Terengganu naik bas, sebab masing2 tak ada lesen. Tiba2 mereka diganggu seorang mamat sewel yang marah2 kat diorang tak tentu pasal. Walaupun mereka nampak relek je, tapi sebenarnya jantung dah rasa macam nak gugur [mengaku sajalah…]… Cepat2 mereka amik bas balik Kuala Berang… Memang senyum lebar kalau mereka ingat balik kisah nie...


We love this taman.

 Bila Fakhrul da boring tak paham kelas Chemisty, amik gambar memang wajib. Amar and Badrul  memang wajib join skali.



Sungguh cute Amar Ridham di situ... :)

And Badrul jauh di USM, Penang...


Hari ini mereka sudah dewasa, berpisah arah dan berada di lokasi dan berlainan. Tetapi, kasih sayang terhadap sesama sendiri masih kuat terasa. Biar terpisah 1000 km, tapi dekat di hati…
Amar Ridham rasa bertuah mengenali Fakhrul Zakry dan Badrul Salleh… J

Tuesday, February 22, 2011

Realize...

I was afraid that the people I loved will leave me...

Never thought that... it is going to be me to leave them...
So sad...

This is something that I have to do...

Monday, February 21, 2011

Memang Buat Hati Panas...

Bodoh betol.

Aku sangat tak puas hati dengan Bank Islam, secara general. Dengan ATM and Cash Deposit yang selalu fail, and of course, always OUT OF SERVICE.

Apa nie bodoh sangat?!!!

Kes yang benar2 buat aku angin ialah semalam punya kes.

Bangun tido pada jam 12.30pg, perut aku lapar giler. So, hajat di hati nak makan roti planta kat kedai mamak. Tengok jam, 12.30pg, ATM tak bleh guna skarang. So, aku bersabar la sampai pukul 2pg.

Pegi je ATM Bank Islam kat rumah aku tu, tengok2, rosak. Cash Deposit punya machine pon, rosak. Aiyo. Semua rosak baik tak yah buat langsung. Yang paling sakit hati tu, itu cawangan baru kot. Baru bukak tak sampai 5 bulan, tapi kes mesin rosak cam dah lama bukak je. Haish. Sial betol.

So, aku pikir, cucuk kat ATM bank lain je la. Charge la RM1 aku tak kesah. Pegi la 7Eleven, sebelah bank je. Try nak widraw, tapi tak dapat jugak. Aku hangin. Apakah semua ini??? Adakah kena tunggu sampai 2.30pg baru semua ATM bleh guna balik. So, aku pusing2 kejap dalam 7Eleven tue, nak tunggu sampai 2.30pg. Tup2, aku tengok sorang mamat nie, elok je dia guna ATM tu. Aku try lagi widraw. Pun tak dapat jugak. Masa tu memang hangin satu badan, ye la. Perut lapor, duit takleh widraw. Mau bayar dengan ape ma???

Aku try pegi CIMB Bank, aku tengok semua bleh je widraw, so maybe aku pun bleh skali. Tapi, malangnya… memang tak dapat widraw.

Before aku nak give up, aku decide nak call Bank Islam Customer Service. Dan usually, memang aku sopan kalu call orang, even customer careline. Tapi kali nie, memang sial, jawapan dia bagi memang celaka.
Ni dialog perbualan aku dengan mamat customer service tue.


DIA:       Hello, Bank Islam Customer Service, boleh saya bantu???

AKU:      Hah, apsal takleh widraw nie?

DIA:       Oh, Encik, buat masa sekarang semua ATM under maintenance ye, Encik. Seluruh Malaysia ye. Memang after 12am, ATM tidak boleh digunakan.

AKU:      Saya tahu pukul 12am dah takbleh. Tapi biasa after 2am onwards da bleh. Semalam elok je saya widraw pukul 2pagi, apsal hari nie takbleh?

DIA:       Oh, hari nie ATM kita under maintenance ye. Erm, dalam pukul 6, 7 pagi boleh la digunakan semula.

AKU:      6,7 pagi??!! Apsal tak inform awal2?!

OKAY, sekarang part paling BENGONG dia cakap.

DIA:       Oh, biasanya kami inform customer, dalam 6,7 pagi baru bleh guna balik.

AKU:      BILA MASA KORANG INFORM HAH?! ADA HANTAR E-MAIL KE?! SMS KE?!! (Aku meninggikan suara).

Dan yang paling tak bleh blah…

DIA:       Oh, kami mintak maaf, Encik. (PAP! Terus dia letak phone).

AKU:      ????????!! Hello?! Hello???!!!!!!

Pu***** punya customer service! Macam tue ke hah layan customer???!!! Sabor je la.

Ohhhh, memang tak puas hati der, memang tak puas hati.

Redha je aku balik rumah sewa aku, korek tabung. Lapar punya pasal. Sedih tahu, tu tabung ntuk masa depan, untuk emergency atau wang hantaran kawin […], tapi ter-spend ntuk roti planta plak… Haish… Betol kawan aku cakap, patut set up Maybank je. Lagi berbaloi. 

Sesungguhnya, Bank Islam hanya ntuk bayar yuran UiTM, PTPTN dan untuk dapat elaun UiTM je. Tak lebih dari itu.

Friday, February 18, 2011

Saya Ponteng Keje...

Ya, hari ini aku ponteng keje. M.C? Nama pun ponteng, M.C memang la tak ada...

And 1st time ponteng.

Kenapa ponteng? Well, kenapa tidak? Mana cukup off day sehari je.

Itu je aku nak cakap.

[from google image] 
Aku mahu tidor skrang.

Bye.

Kembali Ke Sana...

If you guys still remember or have read about my robbery experience in the earlier post, I have an update...

[if some of u guys wondered "How a robbery can be updated? Kena rob lagi ke?"...]

No lah!

Actually, since the kejadian, I was kinda afraid to go back to that restaurant. The restaurant is called "Al-Awwal" at Section 18, Shah Alam. Ni dalam area kawasan perumahan sewa aku tu je...

Nak dijadikan cerita, malam tadi lapar [does 2am count as malam? Kalau dalam english, we would say 2am in the morning kan?? Ape2 je lah]. Cause, balik keje at 6pm, then makan kat Carrefour baru around 7pm... And then makan lagi nasik goreng yang Fith buat around 9pm. Fith, Fazli, Kamal pergi snooker and Abang Fairuz, entah la gie mana. Aku sorang je kat rumah, reject offer gie snooker sebab aku penat baru balik keje kan... So, keje aku duk online, dengar lagu and online. Tu je.

Nak tengok t.v pun, kabur je. Buat rabun je mata aku yang elok2 tak rabun nie. Anyway, masuk je 2am, perut aku da mula nyanyi. I was like, "Apehal lapar lagi perut gua nie? Tadi melantak da banyak kali??!"... Ok fine, tak der la melantak sangat. Makan sket2 je kuantitinya... Tetiba je jugak, singgah dalam kepala nak makan roti planta dengan teh tarik. Perghhh!!! Kalu dapat tu, memang tido lena aku malam nie.

Pikir punya pikir punya pikir, aku decide nak makan jugak. Lokasi terdekat, area rumah la. Kedai mamak 24-hours... Memang pandai aku cari rumah sewa. Hehehe... Pusing area kat rumah tu, tapi malangnya ada satu je kedai mamak yang bukak. Kedai tu, kedai tuuu je yang bukak.

Menjeling berkali-kali lalu depan Al-Awwal tue... Hati rasa berdebar tiba-tiba, rasa nak pecut. Tapi, lapar punya pasal, redha la aku berenti makan kat situ. Walaupun masih takut2 kan, tapi sampai bila nak takut??! Orang kata robbery takkan berlaku kat tempat yang sama, but who knows what can happen? No one.

Cepat2 aku duduk, panggil mamak amik order. "Bak mari teh tarik ngan roti planta se [dialek terengganu]". Muka dia cam tak paham, tapi bila dia repeat order, ok plak... Hehehe. Dalam sepuluh minit, order sampai, ape lagiiii, MAKANNNNNN!!! 

Memang speeding la aku makan, cam ada remote control butang fast foward dipancarkan kat aku. Tapi tak sebenarnye. Masa tu tengah anxious dan kepala tak berapa nak suka ada kat situ. Sambil makan, jeling motor Fazli yang aku guna. Jeling motor sambil makan. Dalam kurang 180 saat, aku habis melicinkan permukaan pinggan tue. Burp!!!

Terus pegi bayar and blah. Tapi time nak blah tu plak tetiba hati jadi tenang. Aku tengok semua orang happy, layan WiFi free, borak2... Aku plak nak lebey2... Haish... Anyway, aku rasa aku akan singgah lagi kedai mamak ni pas nie. Tapi daylight and before 11pm je. Tak nak banana fruit two time... Hehehehe...

Tu je kot.

 Tengok keadaan kedai... Aman je kan?

 Ada yang bawak laptop nak layan WiFi free... 

 Nampak masih meriah, walaupun dah 2pagi...

 Muka poyo penakut. Please ignore rambut tak disikat tu.

Dan semuanya adalah kerana ini... Roti Planta dengan Teh Tarik. Terbaik!


P/S: Sahabatku Fazli Nordin, ape kes kau balik Seremban 4.30pagi tadi?!!! Haish... 

Thursday, February 17, 2011

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

AMARAN INI DIAMBIL DARI LAMAN WEB SOSIAL FACEBOOK BOMBA SELANGOR. HARAP ANDA BAGI PERHATIAN.



" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat.

Cooking for Housemates...

So, yesterday I cooked Ayam Gulai Masak Lemak Cili Api... this is due to the request made by my lovely housemates yang still tak pernah rasa masakan aku... heheheh... So, I did. It was an honor actually because they want to taste my cooking and give 100% trust for me to cook it.

Hehehe... So, petang around 3pm, keluar rumah pegi Tesco, Shah Alam. Shopping barang-barang nak masak kat sana and then balik rumah around 4pm, terus masuk dapur and start cooking. Ala, ayam masak lemak cili api je kot. Anybody can do it, kan??? 

Time tu Fith and Kamal still kat kitchen class, and Fazli belom balik from kerja, so as Abang Fairuz. So, I cook the dish with T.L.C [tender, love and care]... hehehe... actually sangat takut kalau diorang kata tak sedap... So, I have to make it right and make it fantastic. 

Alhamdulillah. Things turned well. The gulai lemak is fantastic. And Kamal, Fith bawak balik kek from kitchen class, while Fazli helped the boys to cook some vegetables for our dinner. Dengan air sunquick yang sejuk, lauk-pauk yang lazat, dinner yesterday is one of the best dinner I have in Shah Alam, so far. 

Senangkan dapat housemate macam nie. Bila lagi diorang nak merasa aku masak. Semalam aku OFF day, so tak ada masalah la nak masak. Memang keluar duit sket beli ayam, sayur and other bumbu, but it was worthed. Ingat nak masak lagi next time.

Nah, tengok ar gambar-gambar nie. Sorry, snapshot tak banyak cause tak sempat + bateri kong...

 Ketika nie masih separuh jalan. Tunggu air kering sket then nak masukkan santan...
The final product. Ada sayur kangkung, ada sayur campur, cheese cake, ikan masin, dan paling penting, my Ayam Gulai Masak Lemak Cili Padi... Memang puas hati makan.

Masak nie memang buat sendiri. Belajar dari mak aku time kecik-kecik. Jangan plak pikir aku baru pandai buat, ok. Jangan tuduh2 ok, kau tu suruh masak Maggie pun refer kat YouTube dulu... Cis. Hehehehe...

P/S: Tadi Fazli ada request nak asam pedas. Hrm... Maybe I'll do it... :)

Thursday, February 10, 2011

Selamat Hari Jadi, Mak!

Today is a special day, cause it's my Mama's birthday... 

Mum, if you are reading this, I want you to know that how I've been blessed to have a mother like you. Nobody knows me well like you do. I am your last born, and I was the one you spoiled the most. I love it when you make my Milo drink. You made the best Milo ever. And I also love when you make me Nasi Kunyit. I love it when you make jokes to me, you make me laugh. And there is dozens more reason why I love you, but, I want you to know that, I love you the most because your are my mother.

Happy birthday. 

My "Mok"
Zainun binti Yusof

Wednesday, February 9, 2011

How to Tell Someone That You REALLY-REALLY Like His/Her Facebook Status...

Found this on my Facebook account. Totally cute and hilarious...


SAYA DAN SEGENAP...
RAKYAT

........................................................ .............
Presiden
..................Wakil Presiden
Menteri Agama
Menteri Badan Usaha Milik Negara
Menteri Pertahanan
Menteri Dalam Negeri
Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia
Menteri Kebudayaan dan kesenian
Menteri Kehutanan
Menteri sumber manusia
Menteri Kelautan dan Perikanan
Menteri Kesihatan
Menteri Kewangan
Menteri Komunikasi
Menteri Koperasi
Menteri Luar Negeri
Menteri Tenaga kerja
Menteri Pembangunan Daerah Desa
Menteri kebudayaan dan kesenian
Menteri Belia Dan Sukan
Menteri Pendidikan
Menteri Perdagangan
Menteri Ekonomi
Kepala Badan Perencanaan Pembangunan Nasional
Menteri Perhubungan
Menteri Perindustrian
Menteri Pertahanan
Menteri Pertanian
Menteri Perumahan Rakyat
Menteri Teknologi
Menteri sastera Negara
Menteri Sosial
Menteri Tenaga

pengetua
guru besar
cikgu kanan
cikgu hem
cikgu seni
cikgu sejarah
cikgu math
cikgu pjk
pembantu kerani
cleaner

mat dispet
mat pet
mat lima suku
mat rempit
mat belia

pemilik facebook
pekerja facebook

chef
tukang basuh pinggan
pelayan

Dokter
nurse
pesakit
pelawat pesakit
kerani hospital

Manager Hotel
Manager Restoran
Manager Sea food
Manager Supermarket

pekerja hotel
pekerja angkat barang hotel
ppembawak lori

encik abu
encik hassan
encik anuar
cik siti
cik joyah
cik minah

abg manan
abg mior
abg sepul

tok mudim
tok ketua
pak imam
bilal
ketua daerah
penjawat awam
penjawat swasta
kaki lepak
budak skola
budak skola perempuan
pekerja mydin pkerja the store

budak emall
budak skim cepat kaya
budak siber
kaki anta virus
kaki cilok cips poker org

orang gila
Pengemis
dan Seluruh Kampung
............
............
............

MENYUKAI STATUS ANDA!!!!
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶

Hari Ini Dalam Kepenatan...

Adoiiiyaaii... Penat giler la hari nie... Nak mati je. Keje 13 jam kot. Elok2 keje 10pagi sampai 6ptg, boleh plak staff nak M.C... terpaksa aku cover... Sialan...

Dan magicly, bleh pulak datang banyak order hari nie... Kenapakah... Kenapakah... Lunyai hatiku... Dah la yang giler2 diorder... Lain la kalu order Cendol Nona Manis, senang je nak buat...

Nah, amik la gambar2 nie, selami ia, walaupun ku tahu kau takkan mengerti... hehehe...


Kenapa nak order lamb chop sampai 5 set... Ko datang dua ekor je... Haissshh..

Tengok, gara2 nak amik oxtail... Luka di jari. Deep cut tahu! Lama baru stop bleeding... Cian aku...


Order la lagi 13 set tauhu bakar, chicken wing ngan fried mee hoon. Sial!!!

Dan gambar terakhir ini mengambarkan segala-galanya...

.
.
.
.
.
.
.
.
.



...
(Click to enlarge)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tomorrow, can u better than today? I really hope so. Or else I don't like you anymore...

Sunday, February 6, 2011

Hati tak tenang, Jiwa tak senang...

Hari nie lesu dan tidak bermaya. Bangun nak pegi keje je, tengok jam... oh, sudah lewat satu jam setengah rupanya. 8.30am in the morning... Baru bangun otak tak center, first skali aku buat lepas bangun dari katil is check Facebook akaun. Ketagih betul bendalah nie. Tiap2 ari je nak kena bukak. Haish...

Fast foward [mandi, gosok gigi, drive gie keje and arriving]...

Buat muka tak tahu ape2 je bila sampai kitchen. Walhal sudah jelas kelewatan... Haha, Haha. Nasib baik abang Saiful je, memahami dan tak banyak karenah. Releks je. Wat keje cam biasa. Sialan, banyak betul keje staff malam tinggalkan ntuk aku. Serba serbi tak complete. Memang macam tu tiap2 hari, but hari ni paling teruk kot. Emo aku dalam kitchen seharian. Especially bila sampai kepada tugasan bungkus nasi goreng. Bila ngan abang Saiful, masya-Allah, memang dia suka wat banyak2. Haish. Redha je la aku bungkus tue.

Dah nak masuk tengah hari, pagi tadi tak busy sangat. Breakfast je. Ingatkan macam tu jugak tengah hari. Malangnya... Sialan lagi, ramai pulak guess. Order sampai tak berenti... Sampai aku masa tu rasa tekanan yang agak hebat. Pergerakan aku jadi perlahan, fikiran dah takleh fokus, pening2 ngantuk mula datang, dan hati menjerit tak nak ada kat situ... Apakah...

Dah la kena wat sorang2... tergodang aku macam cacing kepanasan... Sedih... Teamwork tidak ada... dan teamwork yang tidak ada itu terhasil dari kekurang staff... Team tak cukup... Nasib baik ada Hardrian... mamat Sarawak beragama Kristian ni masuk pukul 10 pagi. Kiranya banyak keje aku dibantu oleh mamat nie, walhal dia sendiri banyak keje... Baik betul. Napa yang Melayu Muslim tak macam tue. Cakap dan tengok je, bukan nak tolong. Sentap aku.

Siap je semua order, aku menyorok di tangga belakang kitchen. Duduk situ diam2. Tengah emotional, rasa nak tikam orang je. Haish. I'm scaring myself now. Mengharap jam bergerak pantas, supaya aku bleh balik dan tido... Bedebah, nak air tea'o'ais tak dapat2. In charge is around dan aku takleh nak menyelinap masuk buat air kat bar. Memang emotional...

Basicly, hari ni memang emotional... Serba serbi tak kena. Kenapakah?!

Haish. Tak suka keja pagi lagi. Nak tido je. Benci, benci, benci macam nie.


Gambar ketika otak masih center and normal.

Thursday, February 3, 2011

Mengenang Januari 2011...



Wow... Ingatkan 2011 masih baru bertandang, tapi rupa-rupanya, dah masuk Februari pun... Hehehe... Melihat kembali kesemua enam post yang aku submit ke blog, dan tak ada response dari ramai orang, aku decided to continue writing on this blog, but not frequently la... Kena banyak bersabar. Tunggu dan lihat... Mana tahu banyak pulak pembaca aku suatu hari nanti...

So, back to the topic. January 2011 has been a quite 'active' month for me. And OMG, so many things happened and I did a lot of stuff.

[sedang mengingat kembali semua peristiwa]...

wait... wait... uploading...

oh, ok. Ini dia. Memudahkan bacaan, aku buat list je. This is a scramble list perkara yang aku lakukan dalam bulan Januari 2011, tidak mengikut turutan masa or tarikh, ok.

1) Putra and Mid Valley.

Off day. Better do something valuable with the loved ones. So, I decided to take KTM trip from Shah Alam and meet my childhood friend, Fakhrul at Putra. He have another family house there. Dia sedang practical somewhere around Bukit Kiara at this place called "INTAN". So-called practical. Dia Facebook je kot all the time. From Putra, we take another KTM trip to Mid Valley and tengok wayang. "The Tourist" lakonan Angie Jolie and Johnny Deep jadi pilihan. Then, we pusing2 satu Mid Valley and The Garden sambil mengumpat2 orang, and bertukar-tukar gosip and cerita hangat. Wow, kami memang berseronok kalu berjumpa! Yang penting, that day dapat makan ikan pari bakar 'steamed'! Oh, lama da kot teringin nak makan ikan bakar, especially ikan pari. Dapat jugak makan hari tue. We went back to Putra around 10pm, and then I tido there for a night before returning to Shah Alam the next morning. :)


Ok, fine. Ini bukan di Mid Valley tapi Star Hills. Still...


2) Allowance Received!

Memang happy!!! Penat menunggu saat itu, akhirnya ia kunjung tiba... Elaun praktikal sudah diterima!!! Walaupun jauh lewat, (sepatutnya dapat around 1st week of Januari, but dapat masa final week!)... tapi aku tetap bersyukur diberikan rezeki nie... Dengan duit elaun itulah, aku buat beli barang2 peribadi, like shampoo, toothpaste and so on. And ada duit poket lebih sket disamping ditanggung PTPTN. No, saya tak loaded. Jangan berpikiran macam tu ye.


Duit. Sape nak bagi free-free camtu je...


3) Kancilku yang Mengecewakan... but I Love You!

Ok, fine. Kancil yang aku bawak ke praktikal ni banyak masalah. Al maklumlah, dah lama digunakan dan diwarisi turun temurun. Dah 3 tahun kakak aku guna kat Dungun, skrang tiba masa ntuk adiknya pula duduk di driver seat. Bukan di calang-calang tempat, tapi kota Shah Alam, ok. Memang berani aku. Hehehehehe...

Anyway, the first month bawak kancil tu, I notice my engine tak stabil. Senang sangat mati kalau tak press, and mengeluarkan bunyi2 letupan angin yang 'manja'2 gitu. Don't know how to explain. Memang malulah, time bawak kancil and then kena stop kat traffic light, tetiba enjin mati. And mati berkali2... Merah mukaku. Nasib baik Shah Alam, orang tak kenal...

One day, ketika aku sudah bersedia ntuk balik dari kerja, tetapi... apakah, enjin keretaku malu-malu nak hidup... sangat memalukan sebab diperhati oleh sekelompok manusia berhampiran parking yang juga tempat ntuk 'thumbing"--> like punch card, but modernized. Malu punya pasal, aku stop cuba hidupkan enjin and pasang earphone kat telinga. I call it "Cool cover"... Hehehe... Bila semua kelompok tu da blah, apa lagi, Daddy yang first aku call... Ok, fine, aku memang tak tahu sangat pasal kereta dan automotive nie. Sebab aku ni zaman skolah asyik study je, tak kenal dunia sangat, OK!!! Anyway, my dad suruh try this, and try that but tak jadi jugak. Eventually, kereta tu mampu hidup dan bergerak, but sangat lemah. I manage to get back at my rent house, but bangun je pagi tu, terus pegi workshop kat Seksyen 25. Problems detected. It was the petrol filter and contact point. TUKAR PLEZZZZZ!!! Yeah! After dah repair, keretaku macho bergaya berbunyi enjin tanpa sebarang kematian tiba2! OH, SO AMAZING (macam parents terharu melihat anak gitew!)... Alhamdulillah... Setel satu lagi masalah...


Kancil ketika di awal kemunculannya dalam keluargaku...

4) Syaza Shamsuddin, Subang and Wedding.

Ok, since my friend kat rumah sewa nie, a.k.a my coursemate Fazli Nordin merajuk and taknak cakap or pandang muka berjerawat aku nie, aku banyak spend masa kat Subang Jaya with Syaza Shamsuddin. She's also my coursemate. Practical di Grand Dorsett, Subang. We suka lepak2, pusing-pusing dalam kereta and borak ape2 saje, even yang mengarut2... And kat Syaza juga tempat I mengadu nasib, komplen itew, and ini... haish... and dia pun ada mengadu kat I masalah dia... Kiranya, kami saling adu mengadu la... Banyak kali kot kitorang lepak. Kadang2 pegi Sunway Pyramid... Lepak kat Starbuck, McD, and yang penting skali, Restauran Pelita yang memang my favorite nak pegi sebab ada sup kambing (Syaza hates LAMB!)... Walaupun Syaza tak tahan bau dia, aku peduli ape! Nak makan jugak! Hehehe... Thanks yup Syaza, layan karenah I... hehehehehe... Pastu, one day ada la kitorang pegi wedding kawan nie. Bukan main set rambut kat saloon and segala. Cari baju lawa2, and by the way tiba-tiba tersedar "Hello, bukan kau nak kawin, and btw, kau dapat seat paling tersorok skali!"... Oh!!!! Hehehe... Anyway, tujuan pegi jugak wedding tu sebenarnya sebab nak makan free... Menunggu waktu makan memang suatu penyiksaan, but eventually dapat makan, so balik rumah malam tu memang senyum... :)


Inilah Syaza that I mentioned above...


5) Merajuk.

Oh, kat atas I ada tulis yang my friend Fazli Nordin merajuk... Ok, we have some issues here and there, and masih berusaha ntuk betulkan everything sebab we still kawan. And I don't know if he still thinks I'm a good friend for him... Only he can decide... But as for me, he will always be a friend of mine...

Encik Merajuk a.k.a Fazli Nordin. Sudah la tu merajuk.


6) Daddy Day Trip!

So, my dad ada meeting kat Putrajaya. One day he called and say "Daddy nak datang! Book hotel, and make sure you take that day off, cause I need you to drive me to Putrajaya"... katanya... So, I did everything he asked me to do, cause saya anak bongsu yang baik lagi comel. Except one thing, I tak tahu pun jalan ke Putrajaya. Of course la bila daddy tanya, I will say I know the road, so that I jadi hero for my dad, hehehee... Anyway, penat men-Google Maps and tanya orang tu, orang nie, akhirnya dapat la jugak clue nak pegi Putrajaya. On the actual day, memang nervous. Takut sesat kot. But melalui naluri kejantanan yang aku miliki, kami berjaya menemui Putrajaya tanpa sesat berjam-jam. YES! Anak daddy memang HERO!!! Banggakan.

Paling best bila daddy ada bersama ialah, because he's my dad. Memang la suka daddy datang. Kalu satu family datang, memang lagi syiok!!! And bila daddy ada around, memang confirm2 la makan2 ke, ape2 aku nak mesti dapat free cause daddy baik hati nak sponsor. Hehehe... Thanks daddy!!!



Mummy and Daddy masa raya tahun lepas.

7) Glee

Okay, aku suka muzikal. Aku mengaku. Aku mengaku aku dulu tengok High School Musical and The Sound of Music, aku mengaku! AKU MENGAKU!!! MENGAKU NI!!!

Anyway, aku nak cerita skrang is tentang aku beli DVD Glee Season 1. Memang seronok layan Glee. It's different... Citer dia fun and storyboard dia sangat menarik dan mudah difahami. Aku tak menyesal spend RM32 kat DVD tu. And NO, takbley pinjam. Nak tengok, mesti tengok ngan aku. Koleksi peribadi nie, tahu.


Glee DVD, RM32. How come kat SACC RM99?! Mahal kot. Nasib baik jumpa yang murah...


8) Kehilangan

One day, sedang aku mengopek semua files2 yang ada dalam laptop aku, aku terkejut, terkesima, terkedu... Melihat music files ku... Ia terang berderang tertulis "THIS FOLDER IS EMPTY"... Apakah?!! APAKAH!! WTF!!! Sapa yang telah mengakses laptop aku senyap2 dan delete muzik2 yang aku kumpulkan seawal darjah enam ini?????! SIAPAKAH!!! OMG, so sad sampai ingat nak pegi bomoh. Nasib baik kat Shah Alam, susah nak jumpa bomoh... kalu tak...

Anyway, mengenangkan kembali beribu-ribu lagu yang hilang tu, aku hanya dapat tersenyum dan bersedih pada masa yang sama... Lagu-laguku... Yang all time feveret dan yang tidak dapat ditemui di internet... Semuanya telah tiada... Sedih bukan kepalang... Tapi nak buat macam mana...


Apakah ini??!! Apakah!!!!

Someone remind me to put password on my laptop next time, okeh!

------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu je kot yang dapat aku korek2 ntuk bulan Januari 2011 lepas. Many things happens and tak semua la aku nak list kat sini... Better u olls tak tahu, ok...

Anyway, leave your comment. Itu pun kalu ada pembaca... Hehehe...

P/S: Gambar from personal collection and Google Image.