Sunday, February 6, 2011

Hati tak tenang, Jiwa tak senang...

Hari nie lesu dan tidak bermaya. Bangun nak pegi keje je, tengok jam... oh, sudah lewat satu jam setengah rupanya. 8.30am in the morning... Baru bangun otak tak center, first skali aku buat lepas bangun dari katil is check Facebook akaun. Ketagih betul bendalah nie. Tiap2 ari je nak kena bukak. Haish...

Fast foward [mandi, gosok gigi, drive gie keje and arriving]...

Buat muka tak tahu ape2 je bila sampai kitchen. Walhal sudah jelas kelewatan... Haha, Haha. Nasib baik abang Saiful je, memahami dan tak banyak karenah. Releks je. Wat keje cam biasa. Sialan, banyak betul keje staff malam tinggalkan ntuk aku. Serba serbi tak complete. Memang macam tu tiap2 hari, but hari ni paling teruk kot. Emo aku dalam kitchen seharian. Especially bila sampai kepada tugasan bungkus nasi goreng. Bila ngan abang Saiful, masya-Allah, memang dia suka wat banyak2. Haish. Redha je la aku bungkus tue.

Dah nak masuk tengah hari, pagi tadi tak busy sangat. Breakfast je. Ingatkan macam tu jugak tengah hari. Malangnya... Sialan lagi, ramai pulak guess. Order sampai tak berenti... Sampai aku masa tu rasa tekanan yang agak hebat. Pergerakan aku jadi perlahan, fikiran dah takleh fokus, pening2 ngantuk mula datang, dan hati menjerit tak nak ada kat situ... Apakah...

Dah la kena wat sorang2... tergodang aku macam cacing kepanasan... Sedih... Teamwork tidak ada... dan teamwork yang tidak ada itu terhasil dari kekurang staff... Team tak cukup... Nasib baik ada Hardrian... mamat Sarawak beragama Kristian ni masuk pukul 10 pagi. Kiranya banyak keje aku dibantu oleh mamat nie, walhal dia sendiri banyak keje... Baik betul. Napa yang Melayu Muslim tak macam tue. Cakap dan tengok je, bukan nak tolong. Sentap aku.

Siap je semua order, aku menyorok di tangga belakang kitchen. Duduk situ diam2. Tengah emotional, rasa nak tikam orang je. Haish. I'm scaring myself now. Mengharap jam bergerak pantas, supaya aku bleh balik dan tido... Bedebah, nak air tea'o'ais tak dapat2. In charge is around dan aku takleh nak menyelinap masuk buat air kat bar. Memang emotional...

Basicly, hari ni memang emotional... Serba serbi tak kena. Kenapakah?!

Haish. Tak suka keja pagi lagi. Nak tido je. Benci, benci, benci macam nie.


Gambar ketika otak masih center and normal.

No comments:

Post a Comment