My Best Friends...

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang budak lelaki poyo, nama dia Amar Ridham. Pada usia 13 tahun, dia telah berjaya memboloskan diri ke sekolah menengah iaitu SMK Seri Berang…

Amar Ridham telah ke SMK Seri Berang selama 5 tahun. Dalam jangka masa itu, Amar Ridham telah bertemu dengan dua orang sahabat baik. Nama mereka ialah Fakhrul Zakry dan Badrul Salleh.


 From left: Badrul, Fakhrul and Amar Ridham.



Mereke bertiga suka berkepit bersama. Otak sama-sama tak center menjadikan mereka sangat rapat. Lepak di library memang favourite mereka. Sambil-sambil lepak diorang suka buat shooting video klip dalam library tue. Yang paling diingati ialah video “Ratapan Anak Tiri” yang dilakonkan oleh Fakhrul Zakry dan Badrul Salleh.

Amar dan Badrul ialah pengawas perpustakaan. Cuma masa tingkatan 5 je Amar Ridham upgrade jadi pengawas sekolah. Masa jadi pengawas perpustakaan, Amar ngan Badrul suka curi kunci library, and then angkut Fakhrul Zakry lepak sekali kat sana. Bertiga je, orang lain takleh masuk sebab mereka kunci dari dalam.

 Sungguh cute si mate sepet itu... Tersenyum lebar...

 Ketika usia 16 tahun, taman menjadi lokasi photoshoot...


Waktu feveret melepak dalam library adalah ketika ko-kurikulum. Lepas sain attendance terus lenyap dari ko-kurikulum, berbekalkan alasan nak pegi jamban. Mereka juga suka lepak lepas habis kelas petang. Perangai mereka memang macam tauhu busuk tak tahu malu, sebab senang2 akses computer library, pasang lagu kuat2 sambil buat experiment daripada experiment kit yang cikgu mereka tak guna tue.

Selain itu, mereka juga suka mengambil gambar. Terutamanya Fakhrul. Orang lain miskin papa kedana, tapi dia form one dah bawak hset sendiri gie skolah… Hehehehe… Badrul Salleh mempunyai otak yang sangat genius, hingga tidak dapat dipahami bagaimana boleh jadi begitu genius. Amar Ridham pula, seorang average, aktif dengan aktiviti pengawasnya seperti jadi pembaca ikrar, jadi host perhimpunan. Memang vogue.


 Fakhrul Zakry jauh nun di UiTM Perlis...

 My favourite pic.


Pada suatu ketika, mereka pegi ke Kuala Terengganu naik bas, sebab masing2 tak ada lesen. Tiba2 mereka diganggu seorang mamat sewel yang marah2 kat diorang tak tentu pasal. Walaupun mereka nampak relek je, tapi sebenarnya jantung dah rasa macam nak gugur [mengaku sajalah…]… Cepat2 mereka amik bas balik Kuala Berang… Memang senyum lebar kalau mereka ingat balik kisah nie...


We love this taman.

 Bila Fakhrul da boring tak paham kelas Chemisty, amik gambar memang wajib. Amar and Badrul  memang wajib join skali.



Sungguh cute Amar Ridham di situ... :)

And Badrul jauh di USM, Penang...


Hari ini mereka sudah dewasa, berpisah arah dan berada di lokasi dan berlainan. Tetapi, kasih sayang terhadap sesama sendiri masih kuat terasa. Biar terpisah 1000 km, tapi dekat di hati…
Amar Ridham rasa bertuah mengenali Fakhrul Zakry dan Badrul Salleh… J

Comments

  1. i miss u and miss everything damn so bad! i nak jadi sweet 15 balik!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah Kaki, Hospital Dungun dan Cellulitis...

My Weird Habit

Introduction to Prince Charming...