Thursday, March 24, 2011

Thank You For The Music...

People who knew me best, would know that I couldn't live without my music. I LOVE music so much. I really can't imagine how would my life be without music. It's not only me, I think everybody does but I am a little bit extra, because I listen to it almost all the time, no matter what I do, or where am I...

I love all genre of music. Be it pop, ballads, R&B, rock, jazz, reggae, you named it. I love it all. I don't believe in such things like favorite music genre, because, if the music catches our attention to listen to it, no matter what the genre is, then I believed it has successfully attract people to listen to it.

Let me tell you why and when I appreciated my music so much.

1) Music is fun. There are so many kind, so many beat and rhythms, IT WILL NEVER BE BORED!

2) Music is a great accompaniment while waiting... This is usually while waiting the bus, or the train.

3) Music can make me inspired and focus on things. Gemilang by Jaclyn Victor inspired me so much to do well in my SPM back in 2008.

4) Music can relate with our feelings. For example, when you are feeling sad and heartbroken. Have u ever lock yourself in your room, turn on the sad music and cry? I did.

5) Music take out all the boring factor in any environment.

6) Music makes me wanna dance!

7) Most music have the most wonderful and very beautiful lyrics that give so many deep and meaningful messages.

8) Music makes me forget my problems.

9) Music reminds me of the people I love.

10) Music is very universal. People are speaking in many languages all over the world, but through music, we can understand each other well.

That is it. Maybe ada lagi, but I can recall now. I really appreciate my N85 and my 2gb memory card. Can keep and listen many songs. I used to have a mp3 player, I called it "MyJoy". But I lost it somewhere in the UiTM library. Damn.

Anyway, do listen to this song. This is my all time favorite song. It's Abba, singing "Thank You For The Music".

Wednesday, March 23, 2011

I'm Not Rude, I'm Just Not Polite the Way You Want...

Oh my god. Malam tadi, around 10.50... Sedang sibuk aku layan YouTube, tengok WonderGirls, tiba-tiba je Abang Fairuz [housemate, bilik sebelah] ketuk pintu. Dia suruh aku kejutkan si Fith yang tengah lena tido, sebab kereta dia blok kereta rumah depan tu. Abang Fairuz siap cakap dah mengamuk da orang perempuan kat depan tue. 
PARKING

Disebabkan Fith da tido macam bayi, aku rasa kesian plak nak kejutkan. Dah la penat outing buat assignment kat K.L... tak sampai hati plak aku nak kejutkan dia. So, biarlah aku saja yang alihkan. Walhal kaki aku ni pun berat melangkah, dunia ni macam terhuyung-hayang sebab I'm still sick... Demam and have other syndroms too. But anyway, about moving the car.

Beginilah lebih kurang rupa aku semasa kejadian. Demam dan agak innocent...

When I stepped outside, I saw a figure of an old woman, probably in her middle 60's. Aku tak sempat nak kata apa-apa pun, but then, she terus bebel...


"Apa parking macam nie, orang nak keluar tak boleh?!"
" Ingat kereta nie bleh nak angkat letak kat tepi???!"

Bila orang tua membebel, sabor je la...
Dah la tak kenal, suka suki nak marah-marah orang...

Pastu aku berkata la, "Ye, mak cik. Ni kereta kawan saya. Saya alihkan". Tapi sempat lagi dia sambung.

"Dah tue, bagitaulah kat kawan awak tue!"
"Apa la, fikir la sikit!"...

Okay, obviously, memang salah kawan aku. Terang-terang dia parking kat laluan kereta rumah depan tue. Totally understandable why people should be mad. But, for someone old like that, I didn't expect dia bleh bercakap meninggi suara seperti itu... Sebab dia nampak macam mak cik-mak cik peramah gitu...

So, sedang aku bergerak ke kereta kawan aku nie, aku pun teringat petang semalam punya kes. Aku dan Kamal nak ke Carefour. Nak beli french baguette yang aku idam-idamkan tue. Nak dijadikan cerita, kerete orang rumah depan tue plak ada kat laluan driveaway rumah sewa aku nie. Ruang yang ada sangat sempit. Memang susah giler kitorang nak keluar, tapi kitorang slow2, slow giler2 babi, then baru la dapat keluar. 

Jadi, aku cakap la baik2 dengan mak cik tue, "Semalam pun kereta rumah nie [rumah depan tu la] pun parking kat tengah jalan nie. Susah kami nak keluar".

Mak cik tu balas "Kat mana?" so, aku pointkanlah jari aku sambil bersuara "Kat sini." di tempat diorang parking semalam.

But mak cik tu tak nampak kot, so dia terus tanya "Kat mana?"... 

Jadi, aku yang malas nak cakap ulang kali, aku terus kata, "Takperlah, saya alih kereta dulu.". 

Then aku masuk dalam kereta. Tak sempat nak adjust seat atau tutup pintu, tiba-tiba anak lelaki (atau menantu) datang kat tepi pintu pemandu, sepak skirt kereta dengan kaki sambil jerit-jerit kat aku, "Kau kurang ajar, keluar dari kereta sekarang!"...

Pastu terus dia cakap,

"Kurang ajar, macam tu ke cakap ngan orang tua!" then dia sambung lagi...
"Aku dulu parking kat luar tepi jalan tu je, kau tahu!". 

So, aku yang terkejut terus la kata, "Abang, janganlah macam nie, biar saya alih kereta nie. Nanti saya cakap kat member saya jangan parking sini".

Then, anak perempuan (atau menantu) mak cik tu plak datang... Kena bebel lagi aku.

"Hey, cakap ngan orang tua elok2 la skit. Ini mak aku, tahu, mak aku. Kau tu baru menyewa tiga empat bulan kat sini!".

Apa nie, mak cik tue rilek je. Tapi laki bini dua orang nie memang all out nak marah aku. Defense ibu mereka. Defense, seolah-olah aku telah menyerang ibu mereka tu.

So, dalam keadaan macam nie, apa lagi bleh buat? Sama ada fight, atau just mintak maaf je. Tapi ini aku kot, Amar Ridham. Bukan jenis yang suka bergaduh. So, mintak maaflah saya.... Nak tak nak, kena la mintak maaf. Aku nie dah la tak sihat, niat nak tolong alihkan kereta, tetiba plak kena jerkah. Tak ke kesian kat aku.

Then, aku alihkan kereta, parking kat tepi jalan and terus masuk rumah.

Persoalannya di sini. AKU KURANG AJARKAH?

Excuse me. Sepanjang 21 tahun hidup, aku sangat jarang kurang ajar dengan orang ye, dengan sapa2. Lelaki atau perempuan, tua atau muda. Kalau la anda boleh berjumpa dengan orang2 yang terlibat dalam hidup aku selama 21 tahun nie, and report kat diorang bahawa aku ini kurang ajar, diorang akan pelik, dan sama sekali tidak akan mudah percaya. Aku Amar Ridham kot. Maybe ada yang akan kata saya kurang ajar [mesti la ada kan orang tak suka aku], tapi mostly tak akan kata macam tu.

Aku kata aku JARANG kurang ajar. Jarang yang amat sangat. Bukannya angel yang perfect. Bukannya tak pernah buat salah. Nanti anda pembaca ingat saya perasan plak karang. And when I make a mistakes, I will apologize quickly, bukan nak tunggu orang tegur dulu, baru nak mintak maaf.

Jika anda ingat aku meninggi suara dengan mak cik tadi, percayalah. Tidak. Cause aku sakit tekak teramat. Sakit kalau bercakap kuat2.

Jika anda ingat nada aku seperti nak melawan mak cik tue, percayalah. Tidak sama sekali. Bukan aku ye nak melawan-lawan orang tua, terutamanya yang aku langsung tak kenal, dan tak amik port pun. Takder point aku nak melawan.

Dalam kes nie, aku cuma tekankan bahawa mereka juga melakukan kesalahan yang sama, di hari dan waktu yang berlainan. Nampak gayanya, mereka tak boleh menerima langsung apa yang aku cakap. I hate to say this, tapi, bila ada sesetengah orang yang lagi lama dari kita, dan lagi berusia, mereka akan fikir mereka sentiasa betol.

Sesape yang kenal aku, tahu aku bercakap tak kasar dan biadap. Kalu ada pun, melawak bodoh dengan kawan2 saje.

Maybe, cara aku bercakap yang aku rasa cukup sopan nie, masih tak cukup sopan di mata orang lain. But, so far, satu nie jelah complaint yang ada, pasal aku kurang ajar. Selain dari kes nie, tak pernah.

Anyway, aku tak ada niat nak bersangka baik lagi dengan orang-orang di rumah depan tue. Nasib baik dulu aku tak pergi tahlil rumah diorang masa awal februari dulu, or akhir januari. Lupa la. Begitukah cara umat Islam yang lagi senior dari aku? Satu hari buat tahlil, dan suatu hari datang nak terajang, bertumbuk dengan aku. Sungguh tiada kesabaran. Aku rasa, orang yang buat salah yang lagi besar pun, patut ditegur elok-elok. Sedangkan Nabi bercakap elok-elok dengan umatnya...

Aku salah ke? Ntah. Aku tak rasa camtu pon. Mintak maaf pun tak ikhlas. I don't need them and they don't need me. Lepas nie, kalau diorang parking tengah jalan, aku nak main jeling je... Apa yang dikesali ialah, mereka tak kenal aku, tapi mereka dah bersuara kat aku macam aku nie penjenayah tahap tertinggi. That's why aku let go je. Mintak je la maaf. Diorang tak kenal aku...

Tapi, kalau aku betol kurang ajar tadi, maka, memang layaklah aku kena jerkah...

Tengok la macam mana hari-hari mendatang... Kot2 diorang jadi sopan balik, bertegur sapa ngan aku ke, ape ke... But I'm am pretty sure this ain't gonna happen...

Monday, March 21, 2011

Berhati-hati Selepas Pulang Melawat Orang Meninggal...

DISCLAIMER: This is a copy and paste article that I found on Facebook. It doesn't belong to amarridham.blogspot.com

Ni aku dapat dari email. Ada orang email aku, aku rasa aku patut share. Nak forwardkan email tu balik, tak larat ramai sangat. So, bacalah ni. Sama-sama kita ingat-mengingatkan.


Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.

Me Lately

Hai... Lama sungguh tak update blog. Hari nie, baru ada kesempatan...  Sebab aku agak tired dengan akitiviti praktikal aku... Last week, aku kena overtime almost everyday sebab ada function. Bedebah, letih sial. Bayangkan, 7pagi sampai 10malam. Sometimes aku wonder, macam nie ke aku nak keje nanti? Penat, takder masa untuk bersosial and definitely can't do fun things like pegi cinema, online berjam-jam ataupun, sekadar nak golek2 atas katil... Haish...

Hari nie, aku demam. Ni since dua hari lepas. Aku tak risau pasal deman nie, actually. Aku risau pasal ape orang2 kat kitchen tu akan pikir pasal aku. Adakah diorang akan pandang negatif pada aku? Dah la hari tu cuti da lama, skarang, sakit plak tiba2. Takder M.C plak tue. Lagi lah diorang tak percaya kat aku. Aku sakit, tapi general hospital kat Shah Alam tak ada. Mana aku nak pegi? Klang ada la. Tapi jauh.

Tadi ingat nak pegi klinik UiTM, tapi malangnya, gate tutup plak. Buat sakit hati je. Baik la tak payah bukak klinik tue. Sekarang nie, aku just tak sabar nak habis praktikal. Nak balik ke tempat asal usul aku. Rindu nak makan masakan mak, rindu nak kuar jalan2 ngan ayah, rindu nak gurau ngan adik beradik, dan rindu bau dan suasana Kuala Berang aku tue... Bersabar sajalah. Aku tahu, mesti akan balik jugak nanti... So, aku akan terus bersabar...

Anyway, hati nie dah lama nak makan French Baguette dengan salted butter. Yes. Sungguh sedap. Dua minggu lepas semasa melawat rumah Fakhrul Zakry di Villa Putra, aku beli sebatang french baguette dengan salted butter. Nikmat sekali. Balik dari Putra, aku balik Shah Alam, terus rasa nak beli. Kat Carrefour Seksyen 23 ada jual. Tapi so far, belum ada kesempatan nak gie beli. Maybe malam nie..

Definitely malam  nie aku akan beli... :) Yummy.

Wednesday, March 16, 2011

20 Hari Menuju ke Penghujung...

Masuk hari nie, dah enam hari aku tak pegi keje. Bukan ponteng, ok. Claim public holiday yang aku terpaksa keje... Cuti enam hari tak la heaven sangat, kadang2 rasa boring, tapi nak gie keje pun rasa malas... Sebab keje boring, environment tak menarik, orang2 pun macam tak happening... so, memang tak ada sebab positif la yang membuatkan aku nak pegi keje... 

Tup tap tup tap, lagi 20 hari kot nak habis praktikal. Wow. 106 hari dah lepas. Rasa cam cepat je praktikal kali nie. Kalau dulu, masa praktikal kat Melaka, rasa cam lambat je nak abis praktikal. Tapi, skrang kat Shah Alam nie, semuanya cepat. Termasuklah masa yang berlalu... Wah... aku tak sabar nak balik Terengganu. Empat bulan lebih duduk kat tempat orang, mestilah rindu tempat sendiri... Huhuhu...

And bila hari terakhir tu tiba (5 April 2011), aku akan melangkah keluar dengan senyuman. Kerana, keluarnya aku dari situ, menandakan bermulalah pengakhiran diploma yang aku ambil selama 3 tahun ini... Masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada semua, mengucapkan terima kasih kepada semua lecturer2 yang banyak mengajar aku, dan juga mengucapkan selamat jalan kepada rakan2 yang best giler, sentiasa berada bersama aku, memberikan bantuan, sokongan dan kebahagiaan selama diploma ini...

Akan aku ingat... korang buat selamanya... Semoga berjaya di haluan anda selepas diploma ini...

Love you guys giler2...

Saturday, March 12, 2011

Pray for Japan...

I am sure that all of us have already heard about the earthquakes and tsunami that hits Japan. Who ever thought tsunami will rise again after less than 10 years from the previous one. I am truly shocked and sad with this tragedy. Can you imagine, 10 meter high of wave hits your home, and take away all the people you love. This is truly, truly devastating... 

Do read the articles that I found here to see what's really going on in Japan now.

Please, pray for Japan.

Can you relate my story with urs?

Hai... Lama kot tak update blog nie. Hehehe... I've been busy. No, I'm not P.M but still, I have other jobs, task and obligation to do...

The past few days was very tiring. With new kitchen department, health problems, and financial management yang agak sedih.

Let me start story telling...

The first few day after transfer into new kitchen department, I thought, Oklah... Not so many work to be done. In fact, kalau compare masa berada di Coffee House kitchen dulu, fuhhh, jauhlah lebih senang kat Main kitchen nie. All I need to focus is my lunch set. Nie kalau takder function la. Memang tiap2 hari ulang wat lunch set je. Nasi Bukhari and Nasi Bubur. Prepare all the stuff, and then bawak turun ke Golfers Deck restaurant and jaga stall kat situ je. Nasib baik tak laku, so keje aku tak banyak sangat... Hehehe...

Cuma, ada la skali nie. Ada function. Aku kena siapkan barang2 set lunch tu cepat2, sebab aku kena tolong buat barang ntuk function tue. And let me tell ya something about me, peeps. When in kitchen, I cannot work fast. I know I already used to be in the kitchen environment, but still I feel insecure. Why? Well, first, lantai sangat licin. Aku pernah beberapa kali nak tergelincir jatuh, and I don't like it. Sometimes minyak spilled atas lantai, and even with safety boots, aku pernah jugak nak terjatuh. Besides, I'm handling with sharp things like knife, chopper, paring and so on. I might be a baby, but I prefer to work slow to make sure I'm not getting hurt. I feel insecure, and that's it. You can't make me work fast just because you yelled at me.

Like in the kitchen few days ago, kena tegur berkali-kali supaya add speed, tapi aku macam tu jugak. Memang la frust staff tengok aku keje... I know I have to change, just give me some time. Lagipun, aku nie memang naturally slow kat kitchen... Sabar jelah staff tu ngan aku... Paling tak boleh tahan bila nak kena bungkus mee goreng kat kitchen tu ntuk Halfway Hut. Dah la tak pernah seumur idop aku kena bungkus mee goreng, nak paksa2 suruh wat laju2 plak. Mana bleh. Nanti kalu bungkus tak cantik marah plak. Apa la.

Enuff about kitchen. Eeeeeee, geram kalau ingat... Haish... And now about my health problems.

One day I woke up in the morning, and I can't hear very well from my left ear. It's like someone stuff cotton or sponge inside my hear, I barely can hear from that ear. So, I went to UiTM klinik, the spray my telinga with hot water, hope to clean it, but still, masih tak dengar. Turns out, I've been 'korek'ing my telinga in the wrong way selama nie. Doktor kata, jangan tusuk cotton butt tu sampai dalam2 telinga. Kena korek area depan2 tu je. Why? He said the human ear have their own mechanism. The mechanism works by pushing the taik telinga to the front tube of the ear. So, when aku korek dalam2 telinga aku, kononnya extra hygiena la kan, telah menyebabkan taik telinga itu tertolak ke dalam dan menutup pendengaran aku... Hahaha... Malu la. So, after dia spray with hot water, still tak bleh sebab the taik dah terlalu keras. The doctor gave me "Soluwax", ubat titis telinga ntuk melembutkan earwax nie. Seminggu kena pakai. Redha je la aku pekak sebelah telinga seminggu.

One week later, hari yang dinanti-nanti telah tiba. Telinga akan dispray lagi... And guess what, IT WAS AWESOME! Dengan sekali hembusan spray, telinga aku jadi betul-betul clear, and sampai aku bleh dengar banyak bunyi yang aku tak pernah dengar sebelum nie. Memang happy giler2 kentang. So, kesimpulannya, korek telinga half way je. Jangan dalam2... Apart from the deaf-ness, I also suffering from acne vulgaris or dalam bahasa kampungnya, jerawat resdung. Memang tumbuh meliar, like aku bagi baja je kat jerawat nie. Sakit der. Bukan kat muka je, kat badan pon tumbuh meliar... Berbekalkan ubat sapu yang doktor bagi, itulah jadi harapan aku supaya yang kembang mekar itu, kecut layu mengugurkan diri dari kulit aku nie... Alhamdulillah, so far, ok lah. Benda2 macam nie, kena sabar. Sabar kan separuh daripada Iman...

And finally, about my financial management. Aku salahkan orang2 financial kat tempat aku praktikal tue. Elaun yang diorang janjikan sangat lambat dapat. Proses dalam 15 hari, like what the fuck. Sebabnya, aku da plan nak survive ngan duit elaun tu, tapi bila duit elaun pun lambat bebenor dapat, cam mana aku nak makan??! So, nak tak nak, kena susahkan mak bapak adik beradik aku. Sabor je lah dengan anak and adik bongsu anda nie. Haish... And of course, aku pun tak pandai2 nak handle management aku. Asyik nak habis je duit. Makan nak dua tiga kali sehari, tu tak termasuk beli majalah2, komik2 lagi. Haish. Manalah duit tak burn.

Haish, I guess, semakin dewasa, cabaran semakin mencabar. Ni baru 21 tahun, baru praktikal, baru jerawat. Nanti dah 30, 40, dah keje betol2, dapat panyakit lagi ganas2, macam mana? Haish... I really should start planning my future seriously. How to live long and happy? Persoalan ada di situuu... 

This is what I experienced till this day. Adakah anda begitu juga? Can u relate with my story?

That's all for now. Tomorrow kena bangun pagi. Nak pegi wedding. Bye everybody.

Wednesday, March 2, 2011

New Month, New Kitchen, New People and New Experience

Hello my silencio readers...

I've been busy, tu yang lambat update blog. And people, it's MARCH!!! Wow, laju kan tahun 2011 nie bergerak... Tup2 dah bulan tiga... 

Anyway, NEWS!!!

I've been transfer into a whole new kitchen department!!! Finally. Praktikal 3 bulan di Coffee House was nice and I have bond a good relationship with the staff, but life has to go on. After pat, lima kali delay, akhirnya, aku benar2 dipindahkah ke department baru...

It's the MAIN KITCHEN - Prepares items for function [if ada] and daily lunch.

Hrmm... How do I feel about this????????

Nak tahu, before masuk main kitchen, hati rasa cam tak nak gie je, sebab orang kata kitchen tu memang siot. Staff garang2 suka maki orang, keje banyak bila ada event, memang port nak mati kalu duk kitchen tue... Orang la kata...

Now, dah masuk 2 hari di Main Kitchen... What do I have to say about it?????? Well,,, it's okay la... I think maybe it's too soon to tell... Anyway, the staff there tak ada maki2 aku [so far], and they were nice, I think. And they kuat melawak bodoh2, now I already feel secure kat sana.

As for today, blom ada function lagi, so, tak banyak keje. But, really, stakat buat lunch set tu, sangat senang dan cepat. I think aku spend 1/2 working hour relek2 je. 

But....................... as I say.......................... Too soon to tell.....

Anyway, tengok la gambar2 nie. This is what I'm dealing now.

These are the thing I have to prepare everyday, for the next one month.

The staff, from left Sukeri, Sham and Aziz.

Kuah for Nasi Bukhari, daging kambing or ayam.

Hot stove to keep the soup hot.

Another condiments.

Nasi Bukhari.

The Menu -  Nasi Bubur
The Other Menu - Nasi Bukhari.

This is the stall that I have to watch for 3 hours a day.





And this is what I got from work.