20 Hari Menuju ke Penghujung...

Masuk hari nie, dah enam hari aku tak pegi keje. Bukan ponteng, ok. Claim public holiday yang aku terpaksa keje... Cuti enam hari tak la heaven sangat, kadang2 rasa boring, tapi nak gie keje pun rasa malas... Sebab keje boring, environment tak menarik, orang2 pun macam tak happening... so, memang tak ada sebab positif la yang membuatkan aku nak pegi keje... 

Tup tap tup tap, lagi 20 hari kot nak habis praktikal. Wow. 106 hari dah lepas. Rasa cam cepat je praktikal kali nie. Kalau dulu, masa praktikal kat Melaka, rasa cam lambat je nak abis praktikal. Tapi, skrang kat Shah Alam nie, semuanya cepat. Termasuklah masa yang berlalu... Wah... aku tak sabar nak balik Terengganu. Empat bulan lebih duduk kat tempat orang, mestilah rindu tempat sendiri... Huhuhu...

And bila hari terakhir tu tiba (5 April 2011), aku akan melangkah keluar dengan senyuman. Kerana, keluarnya aku dari situ, menandakan bermulalah pengakhiran diploma yang aku ambil selama 3 tahun ini... Masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada semua, mengucapkan terima kasih kepada semua lecturer2 yang banyak mengajar aku, dan juga mengucapkan selamat jalan kepada rakan2 yang best giler, sentiasa berada bersama aku, memberikan bantuan, sokongan dan kebahagiaan selama diploma ini...

Akan aku ingat... korang buat selamanya... Semoga berjaya di haluan anda selepas diploma ini...

Love you guys giler2...

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Kaki, Hospital Dungun dan Cellulitis...

My Weird Habit

Introduction to Prince Charming...