I'm Not Rude, I'm Just Not Polite the Way You Want...

Oh my god. Malam tadi, around 10.50... Sedang sibuk aku layan YouTube, tengok WonderGirls, tiba-tiba je Abang Fairuz [housemate, bilik sebelah] ketuk pintu. Dia suruh aku kejutkan si Fith yang tengah lena tido, sebab kereta dia blok kereta rumah depan tu. Abang Fairuz siap cakap dah mengamuk da orang perempuan kat depan tue. 
PARKING

Disebabkan Fith da tido macam bayi, aku rasa kesian plak nak kejutkan. Dah la penat outing buat assignment kat K.L... tak sampai hati plak aku nak kejutkan dia. So, biarlah aku saja yang alihkan. Walhal kaki aku ni pun berat melangkah, dunia ni macam terhuyung-hayang sebab I'm still sick... Demam and have other syndroms too. But anyway, about moving the car.

Beginilah lebih kurang rupa aku semasa kejadian. Demam dan agak innocent...

When I stepped outside, I saw a figure of an old woman, probably in her middle 60's. Aku tak sempat nak kata apa-apa pun, but then, she terus bebel...


"Apa parking macam nie, orang nak keluar tak boleh?!"
" Ingat kereta nie bleh nak angkat letak kat tepi???!"

Bila orang tua membebel, sabor je la...
Dah la tak kenal, suka suki nak marah-marah orang...

Pastu aku berkata la, "Ye, mak cik. Ni kereta kawan saya. Saya alihkan". Tapi sempat lagi dia sambung.

"Dah tue, bagitaulah kat kawan awak tue!"
"Apa la, fikir la sikit!"...

Okay, obviously, memang salah kawan aku. Terang-terang dia parking kat laluan kereta rumah depan tue. Totally understandable why people should be mad. But, for someone old like that, I didn't expect dia bleh bercakap meninggi suara seperti itu... Sebab dia nampak macam mak cik-mak cik peramah gitu...

So, sedang aku bergerak ke kereta kawan aku nie, aku pun teringat petang semalam punya kes. Aku dan Kamal nak ke Carefour. Nak beli french baguette yang aku idam-idamkan tue. Nak dijadikan cerita, kerete orang rumah depan tue plak ada kat laluan driveaway rumah sewa aku nie. Ruang yang ada sangat sempit. Memang susah giler kitorang nak keluar, tapi kitorang slow2, slow giler2 babi, then baru la dapat keluar. 

Jadi, aku cakap la baik2 dengan mak cik tue, "Semalam pun kereta rumah nie [rumah depan tu la] pun parking kat tengah jalan nie. Susah kami nak keluar".

Mak cik tu balas "Kat mana?" so, aku pointkanlah jari aku sambil bersuara "Kat sini." di tempat diorang parking semalam.

But mak cik tu tak nampak kot, so dia terus tanya "Kat mana?"... 

Jadi, aku yang malas nak cakap ulang kali, aku terus kata, "Takperlah, saya alih kereta dulu.". 

Then aku masuk dalam kereta. Tak sempat nak adjust seat atau tutup pintu, tiba-tiba anak lelaki (atau menantu) datang kat tepi pintu pemandu, sepak skirt kereta dengan kaki sambil jerit-jerit kat aku, "Kau kurang ajar, keluar dari kereta sekarang!"...

Pastu terus dia cakap,

"Kurang ajar, macam tu ke cakap ngan orang tua!" then dia sambung lagi...
"Aku dulu parking kat luar tepi jalan tu je, kau tahu!". 

So, aku yang terkejut terus la kata, "Abang, janganlah macam nie, biar saya alih kereta nie. Nanti saya cakap kat member saya jangan parking sini".

Then, anak perempuan (atau menantu) mak cik tu plak datang... Kena bebel lagi aku.

"Hey, cakap ngan orang tua elok2 la skit. Ini mak aku, tahu, mak aku. Kau tu baru menyewa tiga empat bulan kat sini!".

Apa nie, mak cik tue rilek je. Tapi laki bini dua orang nie memang all out nak marah aku. Defense ibu mereka. Defense, seolah-olah aku telah menyerang ibu mereka tu.

So, dalam keadaan macam nie, apa lagi bleh buat? Sama ada fight, atau just mintak maaf je. Tapi ini aku kot, Amar Ridham. Bukan jenis yang suka bergaduh. So, mintak maaflah saya.... Nak tak nak, kena la mintak maaf. Aku nie dah la tak sihat, niat nak tolong alihkan kereta, tetiba plak kena jerkah. Tak ke kesian kat aku.

Then, aku alihkan kereta, parking kat tepi jalan and terus masuk rumah.

Persoalannya di sini. AKU KURANG AJARKAH?

Excuse me. Sepanjang 21 tahun hidup, aku sangat jarang kurang ajar dengan orang ye, dengan sapa2. Lelaki atau perempuan, tua atau muda. Kalau la anda boleh berjumpa dengan orang2 yang terlibat dalam hidup aku selama 21 tahun nie, and report kat diorang bahawa aku ini kurang ajar, diorang akan pelik, dan sama sekali tidak akan mudah percaya. Aku Amar Ridham kot. Maybe ada yang akan kata saya kurang ajar [mesti la ada kan orang tak suka aku], tapi mostly tak akan kata macam tu.

Aku kata aku JARANG kurang ajar. Jarang yang amat sangat. Bukannya angel yang perfect. Bukannya tak pernah buat salah. Nanti anda pembaca ingat saya perasan plak karang. And when I make a mistakes, I will apologize quickly, bukan nak tunggu orang tegur dulu, baru nak mintak maaf.

Jika anda ingat aku meninggi suara dengan mak cik tadi, percayalah. Tidak. Cause aku sakit tekak teramat. Sakit kalau bercakap kuat2.

Jika anda ingat nada aku seperti nak melawan mak cik tue, percayalah. Tidak sama sekali. Bukan aku ye nak melawan-lawan orang tua, terutamanya yang aku langsung tak kenal, dan tak amik port pun. Takder point aku nak melawan.

Dalam kes nie, aku cuma tekankan bahawa mereka juga melakukan kesalahan yang sama, di hari dan waktu yang berlainan. Nampak gayanya, mereka tak boleh menerima langsung apa yang aku cakap. I hate to say this, tapi, bila ada sesetengah orang yang lagi lama dari kita, dan lagi berusia, mereka akan fikir mereka sentiasa betol.

Sesape yang kenal aku, tahu aku bercakap tak kasar dan biadap. Kalu ada pun, melawak bodoh dengan kawan2 saje.

Maybe, cara aku bercakap yang aku rasa cukup sopan nie, masih tak cukup sopan di mata orang lain. But, so far, satu nie jelah complaint yang ada, pasal aku kurang ajar. Selain dari kes nie, tak pernah.

Anyway, aku tak ada niat nak bersangka baik lagi dengan orang-orang di rumah depan tue. Nasib baik dulu aku tak pergi tahlil rumah diorang masa awal februari dulu, or akhir januari. Lupa la. Begitukah cara umat Islam yang lagi senior dari aku? Satu hari buat tahlil, dan suatu hari datang nak terajang, bertumbuk dengan aku. Sungguh tiada kesabaran. Aku rasa, orang yang buat salah yang lagi besar pun, patut ditegur elok-elok. Sedangkan Nabi bercakap elok-elok dengan umatnya...

Aku salah ke? Ntah. Aku tak rasa camtu pon. Mintak maaf pun tak ikhlas. I don't need them and they don't need me. Lepas nie, kalau diorang parking tengah jalan, aku nak main jeling je... Apa yang dikesali ialah, mereka tak kenal aku, tapi mereka dah bersuara kat aku macam aku nie penjenayah tahap tertinggi. That's why aku let go je. Mintak je la maaf. Diorang tak kenal aku...

Tapi, kalau aku betol kurang ajar tadi, maka, memang layaklah aku kena jerkah...

Tengok la macam mana hari-hari mendatang... Kot2 diorang jadi sopan balik, bertegur sapa ngan aku ke, ape ke... But I'm am pretty sure this ain't gonna happen...

Comments

  1. Sedey n terharu baca post ni...sian amar!!!! Makcik tu yang salah walau dia tak berkata apa2 coz itu adlah didikan dia!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah Kaki, Hospital Dungun dan Cellulitis...

My Weird Habit

Introduction to Prince Charming...