Wednesday, April 27, 2011

Terakhir Kali Di Dungun

Report sudah hantar...
Final kitchen pon da lepas...
Pagi nie je tinggal theory exam...
Itu pun online je, kat McD...

Apa lepas nie?

Tak sangka da habis diploma...
Realiti ke nie?
I was once can't wait for diploma to end,
but when today come, it's for real...

I'm leaving UiTM Dungun and have completed 6 semester there...
So fast...
So sad...
To leave all the joy and sweetest memory that I've gained there...
My friends...
Those who I'll always cherish...
Really2 going to miss them...

Friday, April 22, 2011

Busy Bukan Sekadar Itu...

Ok, fine. Balik rumah ingat nak duduk2 rileks je... but there's more than that when you are a grown up 21 years old.

Aku suppose aku balik rumah nak buat report and buat assignment ntuk final kitchen je... tapi sememangnya jadi dewasa aku kena amik juga pelbagai tanggungjawab ntuk meringankan beban dalam family aku nie... Aku bukan mengadu ye, aku cuma nak berkongsi... Dan benda nie sedikit sebanyak buat aku sedar yup, orang2 lain yang da ada pekerjaan tetap, busy di tempat keje, dan kemudian balik rumah still ada benda nak kena handle... Memang susah ye jadi dewasa.

Apatah lagi yang da jadi parents. Bangun pagi nak buat makan anak2, ada yang bersekolah, ada yang masih nursing atau budak lagi. Kena pikir nak hantar anak2 pegi sekolah, nak hantar yang infant pegi pusat asuhan, pastu nak gie keje lagi, nak handle stress kat tempat keje dengan staff2, dengan boss, dengan segala.

Nak kena pikir due date keje, boss nak bila, dekat mana, kena gie meeting sana sini, outstation lagi, da abis office hour kadang2 kena overtime, pastu kena pikir nak amik anak2 kat sekolah lagi, nak beli barang rumah, nak masak lagi, nak pikir nak masak ape lagi, pastu nak kemas rumah, basuh2 baju, sapu sampah, and segala.

Akhir bulan nak pikir, nak bayar bil internet lagi, bil astro, bil telefon, yuran sekolah anak2, duit belanja anak, duit nak beli topup, duit nak bayar elektrik, duit nak bayar macam2 benda... Haish... Susahkan jadi dewasa...

As for me, duduk rumah beberapa hari dengan beberapa tugasan yang parents aku bagi pon, dah buat aku rasa tak senang duduk and cepat je nak penat... I guess aku patot bersyukur, sebab sebenarnya, parents aku tanggung beban lagi berat dari aku... Tulah, tahu nak mintak duit je,,, ingat bapak kau tokey kilang duit ke, Amar??????? Haish...

Saturday, April 16, 2011

Rambut.

Hi all.
A very short entry today...
I just want to say...
I'm botak again...
Why?
Buat report and recipe menjadikan aku mereng...
Sabor je lah.

Haish...

Nasib baik this is the very last final exam for the DIPLOMA!

I guess I have to suck it up, and get it over...

P/S: Pic below might scare some children [ekk?]...

Haha.

Blame the final exam...

Thursday, April 14, 2011

Kisah Pulang ke Terengganu dan Final Exam...

Okay... as for today, aku dah 2 hari balik Terengganu... Huhuhu... Excited giler masa nak balik tue... Yelah, nak tengok cam mana family aku, Kuala Berang yang aku sanjungi tue, mesti da banyak berubah... Well, masa aku sampai tak banyak mana pon berubah... But now, ada 7-Eleven baru kat area depan rumah aku. So yeah, it would be easier la kalau aku nak beli apa2 tengah2 malam... Perjalanan nak balik Kuala Berang very longggggggg...

Begini ceritanya...

Pagi tu merancang nak balik pukul 9pagi... semangat siap tido awal nie... Sementara lena dibuai tido tu, tiba-tiba dikejutkan oleh Fazli Nordin... ku tengok jam 8 pagi... I was like, apahal tiba-tiba nak kejut aku nie... yelah, dia jarang bercakap ngan aku sekarang, segan ke, ape ke aku pon tak tahu kat mana tak kena... Anyway, rupa-rupanya dia nak ajak aku pegi KGSAAS kejap, nak amik gambar ntuk report katanya. Make sense, sebab banyak kot gambar tak ada.

So, then aku gerak la ngan Fazli gie KGSAAS. Dalam sejam tue, kitorang blah and then aku ajak dia pegi breakfast. Hajat hati nak makan kat seksyen 17 sebab feveret breakfast aku memang kat situ, malangnya masakan tak siap lagi la plak... Sabor je la. So, akhirnya makan depan rumah je kat seksyen18... That moment memang precious sebab tulah saat-saat terakhir aku kat Shah Alam dengan bestfriend aku nie... 

Lepas nie lepas antar report and final kat Dungun, tak tahu la lagi bila akan berjumpa... Si Fazli pon kata tak nak datang hari konvokesyen, which buat hati aku sedih, sebab... yelah, dah la konvo, last chance nak jumpa tapi dia tak nak datang plak...

Berbalik kepada cerita nak balik Terengganu, after breakfast, balik la jap rumah sewa, nak amik apa2 yang patut ntuk bawak balik. Malam sebelum balik tu aku da siap letak barang2 dalam keter. Cuma tinggal yang basic je la dalam rumah tu cam berus gigi, charger phone and so on... Tengok jam dah 11 pagi. Masanya ntuk bergerak, tak bleh tangguh2 lagi sebab nak sampai Terengganu sebelum malam...

Dengan berat hati, aku amik barang2 aku, masukkan dalam keter, and salam ngan roomate aku Kamal and Fith, walaupun aku rasa diorang tak sedar aku salam sebab time tu diorang terbongkang tido... Last skali, aku salam ngan Fazli and lambai2 [konon2 cam tak berjumpa dah] and drive pegi... Tapi aku pegi dengan hati yang tenang sebab aku rasa dah habis tanggungjawab aku kat Shah Alam... So, I deserved to go...

Naik highway KESAS, masya-Allah highway dia banyak giler tol. Sabor je la... Tapi bagus la highway nie, aku drive straight jeeeeeeeeeeee... jarang2 sekali ada belok2 nie... tapi tulah, bapak aku lupa bagitau aku, supaya masuk highway Jabor masa on the way to Kuantan. Potong terus ke Durian Mas... So, bila daddy da lupa, memang aku terus straight ke Kuantan la. So, masa perjalanan balik ke Kuala Berang bertambah lagi 2 jam... Haishhhhhhhhh...

Bila da sampai je kat area Dungun, memang aku tak tahu kenapa, rasa cam jalan tu dipanjangkan lagi je. Sebab aku da drive laju2, tak sampai2. Frust aku. Gila2 aku drive, tapi ntah kenapa, tak sampai-sampai.... Memang pelik la... Maybe sebab dah lama sangat drive sampai rasa camtu... Anyway, aku selamat sampai ke Kuala Berang jam 6.15ptg... Huhuhuhu...

So, apa aku buat kat rumah da dua hari nie? Well, all I can say is, aku banyak wat keje-keje domestik. Bayar bil rumah, kemas itu, kemas ini, hantar itu, hantar ini... Memang aku nie dikerah habis-habisan la kat rumah. Hajat di hati nak enjoy lepas abis praktikal kan? Tapiiii... tak jugakkkkk..

And baru semalam Dzul bagitau aku soalan exam dah kuar. Bila aku tengok kat i-Learn, Ya Rabbi, susahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Da la kena submit completed recipe from dalam masa 5 hari. Ku tengok sumer kawan2 gua jadi mereng pasal nie... Termasuklah aku skali jadi mereng... Haish... Sabor je lah... Anyway, malam nie gua kena start buat research pasal soalan final exam gua. Nak kena hantar lagi ni. 

Kenapa nak susah sangat exam batch aku????????? Aku tak fahammm....

Sunday, April 10, 2011

The Very Last Day in Shah Alam... and Returning Soon...

Hari ni, tanggal 10 April 2011 menjadi sejarah [ewah]... Sebenornya, last day aku kat Shah Alam... Hari nie, aku stay Shah Alam, buat event business part time aku kat Sepang, and lepas je event tu, balik ke rumah sewa, dan berkemas-kemas ntuk pulang...

Dan kali ini bukan sekadar propa cakap je nak balik, tapi sememang-memangnya akan balik ke Terengganu... Mengapakah perasaanku begini? Tatkala hati meronta nak balik ke kampung halaman, tiba2 datang sayu dalam hati bila terlintas di kepala nak balik...

Mungkin benar kata orang, bila travel sebagai seorang pelajar nie, bila tiba je waktu ntuk pulang, memang biasanya sedih... sebab bukan sekadar meninggalkan tempat itu, tetapi meninggalkan juga segala memori manis dan pahit yang terkumpul sepanjang tempoh menetap...

Ye. Aku akan merindui suasana Shah Alam. Merindui bunyi gitar dan gelak tawa dalam rumah sewa dengan housemate2 aku yang giler2 nie... 

TETAPI! Sebelum aku dan korang yang baca nie nak masuk mood sayu sekali ngan aku, hendaklah anda mengetahui bahawa aku akan pulang semula ke Shah Alam pada bulan September nanti kalau berjaya mendapat tawaran menyambung degree... Mungkinkah ada tempat ntuk degree buat aku di UiTM Shah Alam itewww??? InsyaAllah ada...

So, kejap je la sedih... Nanti datang balik, pastu merungut nak balik Terengganu lagi... Hahaha... Sabor je la korang dengan aku...

Saturday, April 9, 2011

Masa Untuk Pulang...

Hari nie dah masuk 9hb April 2011, empat hari selepas tamatnya latihan praktikal kat KGSAAS... And aku masih di Shah Alam... Mengapa masih di sini?

Hrm... Rewind balik apa aku dah buat selepas tamat praktikal ari tue... Well, aku settlekan problem dengan H.R Department, settlekan hal2 barang ntuk report, amik borang evaluation, buat business [still rahsia, belom masa ntuk diexposekan], settlekan hal2 dengan abang Rahiza dengan facebook dia... Apa lagi ya?

Daddy da banyak kali call pasal balik rumah nie. Macam2 alasan aku bagi; tengah tunggu elaun la, tunggu sijil la... Memang pon, tapi semalam dah confirm dengan h.r, kalau tak sempat bagi, dia akan poskan sijil and bank in duit... So, next time kalu babah aku call, aku memang tak ada alasan yang munasabah lagi nak bagi kenapa asyik delay balik...

Kecuali dua tiga hari nie, aku busy dengan event business part time aku. Kena ulang alik from Shah Alam to Bangsar. Memang penat ye berbusiness. Padanlah aku tengok yang buat business memang jarang duk rumah. Asyik travel je. Anyway, first time aku masuk benda2 macam nie. Mulanya memang tak nak, tapi aku tergerak hati nak cuba benda nie. Experience la katakan. Bleh jadikan ilmu ntuk masa hadapan... Hahaha...

Ahad nie ada event lagi kat Sepang. Hampir 2000 orang nak datang. Kalau aku gie event ahad nie, confirm2 balik lambat ke Terengganu. Mesti parent aku tak happy. And aku tak bagitau diorang pasal benda nie. Kot2 diorang marah... Until malam tadi sekitar 10mlm. Rupanya2 diorang dulu dah join sebelum aku. Apa lah! Kan senang kalau diorang bagitau aku awal2. Haish...

I missed home. I missed my bed and my bantal busuk. I missed my siblings. I missed everything.

Tuesday, April 5, 2011

Mula Merasa Kehangatannya...

So, yay! Aku sudah tamat latihan praktikal di KGSAAS Shah, Alam. Fuh! Sekarang keje aku duk goyang kaki je kat rumah sewa sambil tunggu dapat duit elaun terakhir serta sijil praktikal and then memandu pulang ke Terengganu tempat lahirku... Huhuhu...

Happy2 gak. Tapi baru aku tahu. Belom berakhir lagi. Masih ada final teori exam and final cooking exam. Aku asyik mengingatkan diri, semuanya akan berjalan lancar... sehingga la tarikh2 final itu diumumkan berserta dengan panel... Terus naik cuak aku. Tengok kat bawah nie.

Oh my god!!! Individual kot!!! Memang giler lah kitchen nanti!

Aku suka panel aku, Nurul Fardila Abdul Razak... Nasib baik dia sporting. Maunya dapat yang garang2 strict tu... Haish...

Hah. Amik kau! Padan muka!