Thursday, April 14, 2011

Kisah Pulang ke Terengganu dan Final Exam...

Okay... as for today, aku dah 2 hari balik Terengganu... Huhuhu... Excited giler masa nak balik tue... Yelah, nak tengok cam mana family aku, Kuala Berang yang aku sanjungi tue, mesti da banyak berubah... Well, masa aku sampai tak banyak mana pon berubah... But now, ada 7-Eleven baru kat area depan rumah aku. So yeah, it would be easier la kalau aku nak beli apa2 tengah2 malam... Perjalanan nak balik Kuala Berang very longggggggg...

Begini ceritanya...

Pagi tu merancang nak balik pukul 9pagi... semangat siap tido awal nie... Sementara lena dibuai tido tu, tiba-tiba dikejutkan oleh Fazli Nordin... ku tengok jam 8 pagi... I was like, apahal tiba-tiba nak kejut aku nie... yelah, dia jarang bercakap ngan aku sekarang, segan ke, ape ke aku pon tak tahu kat mana tak kena... Anyway, rupa-rupanya dia nak ajak aku pegi KGSAAS kejap, nak amik gambar ntuk report katanya. Make sense, sebab banyak kot gambar tak ada.

So, then aku gerak la ngan Fazli gie KGSAAS. Dalam sejam tue, kitorang blah and then aku ajak dia pegi breakfast. Hajat hati nak makan kat seksyen 17 sebab feveret breakfast aku memang kat situ, malangnya masakan tak siap lagi la plak... Sabor je la. So, akhirnya makan depan rumah je kat seksyen18... That moment memang precious sebab tulah saat-saat terakhir aku kat Shah Alam dengan bestfriend aku nie... 

Lepas nie lepas antar report and final kat Dungun, tak tahu la lagi bila akan berjumpa... Si Fazli pon kata tak nak datang hari konvokesyen, which buat hati aku sedih, sebab... yelah, dah la konvo, last chance nak jumpa tapi dia tak nak datang plak...

Berbalik kepada cerita nak balik Terengganu, after breakfast, balik la jap rumah sewa, nak amik apa2 yang patut ntuk bawak balik. Malam sebelum balik tu aku da siap letak barang2 dalam keter. Cuma tinggal yang basic je la dalam rumah tu cam berus gigi, charger phone and so on... Tengok jam dah 11 pagi. Masanya ntuk bergerak, tak bleh tangguh2 lagi sebab nak sampai Terengganu sebelum malam...

Dengan berat hati, aku amik barang2 aku, masukkan dalam keter, and salam ngan roomate aku Kamal and Fith, walaupun aku rasa diorang tak sedar aku salam sebab time tu diorang terbongkang tido... Last skali, aku salam ngan Fazli and lambai2 [konon2 cam tak berjumpa dah] and drive pegi... Tapi aku pegi dengan hati yang tenang sebab aku rasa dah habis tanggungjawab aku kat Shah Alam... So, I deserved to go...

Naik highway KESAS, masya-Allah highway dia banyak giler tol. Sabor je la... Tapi bagus la highway nie, aku drive straight jeeeeeeeeeeee... jarang2 sekali ada belok2 nie... tapi tulah, bapak aku lupa bagitau aku, supaya masuk highway Jabor masa on the way to Kuantan. Potong terus ke Durian Mas... So, bila daddy da lupa, memang aku terus straight ke Kuantan la. So, masa perjalanan balik ke Kuala Berang bertambah lagi 2 jam... Haishhhhhhhhh...

Bila da sampai je kat area Dungun, memang aku tak tahu kenapa, rasa cam jalan tu dipanjangkan lagi je. Sebab aku da drive laju2, tak sampai2. Frust aku. Gila2 aku drive, tapi ntah kenapa, tak sampai-sampai.... Memang pelik la... Maybe sebab dah lama sangat drive sampai rasa camtu... Anyway, aku selamat sampai ke Kuala Berang jam 6.15ptg... Huhuhuhu...

So, apa aku buat kat rumah da dua hari nie? Well, all I can say is, aku banyak wat keje-keje domestik. Bayar bil rumah, kemas itu, kemas ini, hantar itu, hantar ini... Memang aku nie dikerah habis-habisan la kat rumah. Hajat di hati nak enjoy lepas abis praktikal kan? Tapiiii... tak jugakkkkk..

And baru semalam Dzul bagitau aku soalan exam dah kuar. Bila aku tengok kat i-Learn, Ya Rabbi, susahnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Da la kena submit completed recipe from dalam masa 5 hari. Ku tengok sumer kawan2 gua jadi mereng pasal nie... Termasuklah aku skali jadi mereng... Haish... Sabor je lah... Anyway, malam nie gua kena start buat research pasal soalan final exam gua. Nak kena hantar lagi ni. 

Kenapa nak susah sangat exam batch aku????????? Aku tak fahammm....

2 comments: