Tuesday, June 7, 2011

Kisah Kaki, Hospital Dungun dan Cellulitis...

Semut oh semut, kenapa engkau gigit aku? Kau tu da la semut merah, skali gigit, gatal nak menyengat. Nasib baik aku bukan semut jugak, kalau tidak aku gigit kau balik...

Siapa sangka ye, gigitan semut nie boleh membawa kepada masalah lain... Aku nie jenis bila gatal2, maka haruslah digaru, nikmat yang sangat2 tu bila dapat kau garu gatal. Giler geram kalau gatal2 tak kena waktu, contohnya masa solat Jumaat. Badan aku nie, wajib gatal masa tengah solat jumaat. Masa khutbah tak, masa berwuduk pon tak, masa tengah solat tu la nak gatal. Paling hebat gatal celah kangkang. Fuhhhhhhh!!! Redha je aku tahan, tak nak batal solat. Memang la boleh gerak tiga kali, tapi cuba la kau bayang, aku nak bukak kangkang sket, pastu garu2?! Tak ke kontroversi satu masjid tu nanti?! Terus kena banned aku ke situ.

Anyway, berbalik kepada cerita garu2 gatal. Aku masa tido, menggaru memang aku tak sedar. Bangun2 je tido, dah terluka kulit aku, penangan menggaru kuat sangat + kuku kasar bak cakar ayam, maka memang harus la ada luka. Usually, bila aku luka cam tue, aku biarkan je dia baik sendiri, sampai dia berkudis hitam. Tapi, dalam kes nie, lain plak jadinya, sakitnya makin mengada2. Bukan main lagi. Luka kecik bak taik, sakitnya macam luka satu kaki. Sampai la satu hari membesar dan bengkak seperti gambar di bawah ini:

Sila lihat kaki kiri. Gemok kan? I called it "Pregnant Foot".

Dengan kesakitan dan denyut-denyutan, aku pon pergi la Hospital Dungun sekitar jam 11.30mlm selepas aku balik dari keje. Disebabkan malam, aku terpaksa masuk area emergency la... So, bila da check, doktor tu kata ada jangkitan kuman. Siap cakap nak tahan aku dalam wad lagi. Sungguh terkejut, ingatkan bengkak biasa2 saje, bleh la mengada nak mintak krim dengan pil tahan sakit. Rupanya, jangkitan kuman. Masuk wad? Sorry, aku tak suka masuk wad, especially bila dia kata nak masukkan air ubat pakai jarum kat tangan tu. OOOOOOOH! Major NO NO kalu nak sumbat2 jarum kat sekitar tubuh badan aku nie. Aku tak suka!

So, aku cakap, tak nak. Biar makan ubat je. Memangkan masa tu malam, farmasi tak berapa nak buka, so, dia just bagi ubat cukup2 ntuk malam tue je, and dia suruh datang balik keesokkan harinya. So, malam tue, aku balik la... Dengan harapan, esok dapat jumpa doktor yang bleh bagi ubat yang power sket kat aku, supaya cepat kecut bengkak nie... Amazingly, ubat yang dia bagi malam tue, sangat mujarab. Bengkak tak surut, tapi sakit dia terus hilang. Hilang terus. Cuma rasa tak selesa je... :)

Petang esoknya, aku gie la Hospital Dungun tu. Kali nie, dekat area terbuka, yang emergency tu, ntuk emergency je la. Kat area terbuka nie, ada la macam kaunter penapisan, ada sorang nurse and sorang pembantu perubatan yang akan buat first check up like amik tekanan darah and suhu cam tue. Kat hospital area rumah aku pon ada jugak... So, bila aku dah register, and dia panggil ntuk buat first check up, aku just bagitau kaki sakit je la. Nurse tu kata nampak bengkak, tapi yang buat gua hangin ialah, si medical assistant tue, sungguh sinis dia pandang aku. Dah la sekadar tengok je kaki aku, dia boleh bajet tak ada ape2 pon. Aku bagitau aku da datang semalam, and tunjuk ubat yang aku dapat tue, dia bleh plak gelak pastu lecture aku. Dia cakap "Ubat dalam 2,3 hari baru nampak kesan dia, dalam sehari memang la tak berapa nampak..". Bodoh ke ape, aku tahu la. Masalahnya, ubat tu cukup2 sampai ari tue je, in fact, satu ubat tu dah habes pon, tinggal plastik je, so cam mana nak last 2,3 hari kan???? Tak nampak ke.

Aku cakap la kat dia, doktor malam tadi yang suruh datang. Aku tak tahu ape nie. Dia gelak lagi. Aku bleh dengar dia cakap "Datang buat ape?!, takder ape2 tue." Walaupun nurse tu kata kaki aku nie bengkak, dia go on cakap tak ade ape2. Akhirnya, doktor pon aku tak jumpa, ubat aku yang semalam tu diberi balik kat aku, and aku disuruh balik je. Buat bodoh plak aku datang. Sia-sia je. Tapi yang aku tak dapat terima ialah, masa aku berjalan nak keluar, aku dengar dia gelak2 kat blakang. Ya Allah, sakitnya hati. Aku nie sakit betol, Bukan mengada2 nak datang. Hospital kot, bukan Hawaii tempat perlancongan. Sungguh bodoh dan bebal lelaki medical assistant itu. Nasib baik la aku sakit, kalu ikut mood, kaki aku yang bengkak nie aku sumbat dalam mulut dia. Haish.

Ni lah dia, hadapan Hospital Dungun. One of my not favorite place to go. In fact, should not go.

Keluar dari hospital tu, aku terus tak puas hati. Hajat di hati, nak datang waktu emergency, malam tu jugak. At least, dapat jugak jumpa doktor yang serius. Bukan macam M.A yang tak tahu ape2 tue. Sabar punya sabar, dah 11 malam. Aku terus gerak gie emergency. Aku confius, semalam aku pegi, doktor kata serius, siap nak masuk wad. Aku pegi siang, kena gelak plak. So malam nie aku kena dapat jawapan ntuk buat aku puas hati.

Malam tu, masuk je bilik rawatan, duduk terus atas kerusi. Aku kata kaki aku luka, pastu sakit. Doktor tu tengok kaki aku, terus dia nampak and kata, "Ini jangkitan kuman nie, cellulitis". Wah! Hebatkan, beza antara doktor dengan medical assistant?! Unlike the medical assistant, doktor tu ada effort ntuk pegang dan rasa bahagian kaki aku. Doktor cakap bengkak. In fact, masa tu, doktor lelaki yang merawat aku, terus refer kepada doktor perempuan yang cantik sebelah dia. Sungguh cantik, tapi nampak tegasnya. Biar tegas, tak bodoh macam medical assistant yang berlagak macam tahu semua benda, kan?! Doktor pmpuan tu cakap, kenapa aku datang malam, farmasi tutup, diorang tak dapat nak supply ubat yang power2. Aku pon cerita la kisah aku petang tadi kat dia. Ternyata dia pun terkejut. Aku harap doktor tu buat something pasal benda nie.

Akhirnya, doktor lelaki yang merawat aku tu bagi slip ubat ntuk aku amik esok kat farmasi. Ubat itu untuk 10 hari, dah alhamdulillah, hari nie, kaki aku dah okey sket. Sekarang dah 6 hari rasanya, atau 7. Hey kau medical assistant, kalau kau baca nie, tahu lah betapa aku amat kecewa kerana wujudnya manusia seperti anda. GO fuck urself. Aku nie suka report benda2 macam nie. Aku tak report kat hospital dungun tu tahu, aku go straight to upper management. I have the influence and rights to do so. U have neglected ur work and responsibiliy towards a possible patient. Nasib baik la aku da jumpa doktor sebelum aku datang jumpa kau. Kalau aku jumpa kau dulu, tak ke menangis aku sampai hari nie menahan sakit, sebab kau cakap tak der ape2 kan. Stupid.

Konklusinya, kalau kaki luka, sila cuci ngan ubat. Kalau anda di sekitar Dungun dengan ape2 masalah kesihatan, jika merancang nak ke Hospital Dungun, sila tahan sampai malam, and jumpa doktor kat emergency je. Kalau pegi kat area siang tue, mungkin anda akan digelakkan seperti saya dan disuruh balik terus. Atau gie klinik swasta sahaja.

Untuk lebih maklumat tentang Cellulitis, sila ke SINI.

Dan untuk membaca lagi kisah tentang Hospital Dungun, sila klik di SINI

XOXO.

4 comments:

  1. well amar
    that stupid medical assistance deserve to be punish !
    kalau la orang tu xtau jngkitan kuman bole bawak maut, memang dah gol 1 nyawa!
    siapa nk gnti nyawa orang tu...

    stupid dumb dumb pnya orang !

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. i know!!! i feel like kicking him in the face!!!

    ReplyDelete