End of Line II

Motif??????? Ingatkan blog ini tidak ada pembaca, tetiba dapat mesej kat phone suruh sambung cepat2 last post. Kat comment pon ada. Hrm... Terharu kejap di malam menjelang 1 Ramadhan al-Mubarak nie.

Huhuhu.

Anyway, sambung cerita dari previous POST. Begini kesinambungannya.

Seawal 9 pagi kitorang bangun tido and gerak gie Hospital Dungun, so kiranya, dapat la buat medical check up. Isi that and this punya borang, and then dia just kata wait until u are called. So, kami pun duduk je la, menunggu dengan penuh kesabaran dan penuh dedikasi demi nak menyiapkan medical check up ini.

Tik...tok...tik....tok..................... ini bukan lagu Ke$ha ye, tapi ini nak bagitau betapa lamanya kami menunggu ntuk nama kami dipanggil. Nak lagi best, our bladder da penuh. Tiga2 kami da nak terkencing tahap gaban, sebab before ke hospital, kitorang singgah 7E beli air supaya nanti ada stock bila nak ubat urine test. Hohoho.

Dalam lebih sejam kemudian, barulah nama kami dipanggil and disuruh ke bilik pemeriksaan no. 5 untuk ujian awal, like timbang berat, ukur tinggi, check mata, and tekanan darah... So, bergerak le kami ke sana, tetapi mengeluh lagi kerana terdapat lebih kurang 10 orang kat situ yang masih menunggu turn, and lebih teruk, tak ada kerusi... haishhhhhhhhhhh! sabor je lah! Dah la takder kerusi, orang ramai, pundi kencing dah nak meletops nie! Nak tak nak kena la tunggu, dan tak sampai sejam [alhamdulillah], nama aku dulu yes dipanggil and nama Currcova and SimplySiti lepas tue. So, buat cepat2 test mata, ukur tinggi and ukur berat, pastu terus berlari keluar ntuk buat urine test!

Urine test mesti lah pertama skali nak buat sebab pundi da nak meletop nie. Dua2 model jelitawan tu aku tinggalkan, dah tak peduli dah kerana nafsu nak kencing mengatasi segala-galanya. Huhuhu. Bekas kencing yang dia bagi bapak kecik, peduli apa aku, satu bekas penuh aku bagi sampel air kencing, amiklah buat kenangan... Hehehe, pastu dia main celup2 dengan alkaline paper or something line that, and then SIAP!!!

NEXTTT!!! Aku berlari ke X-Ray punya jabatan. Aku tengok ramai plak betina-betina di situ nak buat medical check up. Ingatkan da last kena panggil sebab aku letak last aku punya borang... Tapi nak dijadikan cerita, memandangkan aku sorang lelaki, maka aku dipanggil dulu. Huhuhuhu...Tak fair? Mana ada. Sebab, masa aku buat x-ray tue, budak2 perempuan tadi tu masih dalam bilik fitting, salin baju. So baik takyah buang masa nak tunggu diorang kan?! Hehehe. So, akulah 1st dapat wat x-ray.

Mesin tu sejukkks!!! Dia paksa bukak baju, redha sajelah aku, dah la tayar spare memboyot menuju ke depan nie jelas terlihat, tapi nak wat cam mana... Cuma diorang kata badan aku nie lebar, baka rangka besar, macam model (hah!!!!!!!) cuma gemoks je (---)... Hehehe. Buat x-ray nie tak la payah sangat, cuma kalau bergerak-gerak sket pon gambar x-ray jadi tak eloks. Tak terbayang aku cam mana Currcova and SimplySiti wat x-ray. Kat rumah pon baju tak pernah nak bukak, ni kan pula depan pekerja x-ray tue. Sorang berbulu kalah king kong, sorang tetek tenggelam ke dalam (hahaha)--- serius kelakar!!!

Abes X-ray terus aku ke jabatan pergigian! Sama macam kes kat x-ray, terus dapat masuk bilik pemeriksaan. Ape benda la doktor tu cakap pasal gigi aku. Aku duk dengar banyak cam "caries, caries, implant, missing, and blalalala". Pemeriksaan gigi paling senang. Baring dan nganga mulut aje,. Heheh.

Kembali ke kaunter depan, serahkan semua borang tadi, and tunggu pemeriksaan menyeluruh oleh doktor. Kejap je menuggu, akhirnya dapat la masuk... :) And akhirnya, pada jam 1pm, baru lah siap medical check up kitorang... Paling best, bila da siap medical check up tue, semua da lapar tahap gaban, sebab tak gie breakfast pagi tu.

Kitorang menuju ke Buyong Corner kat area rumah sewa kitorang and melantak nasik ayam, rojak ayam dan meehoon sup kat situ. Time makan, semua senyap; betapa fokusnya makan sebab lapar teramat sangat. Hahahaha.

Conclusinya, nak buat medical check up laen kali, haruslah ada planning. Make sure breakfast pegi, minum air sikit saje, and kalau bleh, tempah la awal2 nak gie wat medical check up tu. Tak la jadi cam kisah kitorang nie. Banyak hal. 

TQ and sorry takder pics. I always like that. Just use ur imagination once in a while, okay?!

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Kaki, Hospital Dungun dan Cellulitis...

My Weird Habit

Introduction to Prince Charming...