Ketuk-Ketampi.

Sungguh saya memang tak mahu update blog ini terlalu kerap. Saya mengharapkan orang yang datang membaca blog ini paham bahawa, saya seorang yang baru dalam bidang blogging ini and saya masih tercari-cari ape yang orang mahu baca, dan apa yang saya mahu share dan ape yang boleh saya relate dengan pembaca dan diluah terus ke dalam blog ini. Erm. Tak paham ke? Haha. Takper. That doesn't matter.

Memandangkan agak lama tak update blog nie, saya menghukum diri saya buat ketuk ketampi sambil bogel macam polis buat kat banduan tue, zaaaaaaaaa; just kidding!

Okay. July lately. Agak cepat berlalu ye. So, let me share things happening around. At the end of June, I received the amazing news and offer ntuk sambung degree ke Shah Alam. I'm so excited! Alhamdulillah, ada rezeki sambung belajar... Tak sabar nak mulakan kelas and buat assignment.

Nie, offer letter yang saya check online.

As on 14th July 2011, I've officially have been working part time kat Hola West for 2 months, and everything is gooooooood. Tokey baik, nak makan tue memang takder masalah. Heaven kot. Cuma teringat je la ari tue, aku and Sayme layannn tido petang, sekali bangun dah pukul 4.56ptg, hah, maka jawabnya, speed-racing la bersiap time tue. Kedai bukak pukul 5ptg, maka mandi pun ala kadar, bersiap pun main sarung je pakaian yang ada, dan yang paling penting, tak sempat laaa nak merasa nasik ayam favourite kitorang kat Dungun nie; nasi ayam kedai Buyong nama dia,. [sob2]... Hahahha. To think about it, it is so funny!

Oh, ari tue kan bukan main lar aku nie bersemangat gie Mesra Mall tengok Transformer. My personal comment, cerita tu ok lar, cuma meleret-leret sket and I was like "Bila nak habis nie oiiii!", and finally menjelang je saat nak abes cerita tue, aku dah start rasa lain dah... Rasa nie aku familiar sangat, sebab, dua minggu before tengok Transformers 3 tue, aku pun rasa benda yang sama bila aku balik dari tengok X-Men kat M.M.

Rasa ape? Sakit kepala... Mata aku tetiba silau, bahagian kepala kat blakang nie rasa nyut2 berdenyut gitu. Tapi saketnya so far boleh tahan... So, aku mentain heppy segala, siap busy cari tempat nak makan agi. So, bila da sampai tempat makan, rasa makin kuat. Bila da on the way balik makan tue, memang da sakit sangat, so drive cepat2 sampai rumah sewa, basuh muka, rambut and then terus tido; dengan harapan bila da bangun, hilanglah sakit tue...

Ye, lepas tengok citer bedebah nie la. Kalau tak lama sangat jalan cerita dia, takder aku sakit kepala kannnn???!

Tapi apakah daya, dah 4 jam tido, akhirnya bangun pukul 1.25pagi  buta, sebab sakitnya tak tertahan, aku takleh tido dah!!! Seyes rasa nak gile, semua benda aku nak tumbuk. Sakit sangat area belakang kepala aku tue, dalam tue siap rasa panas agi. Aku masuk jamban, simbah air nak bagi sejuk and kurang sket. Tapi sakit teramat jugak.

Grab baju, wallet and kunci kereta, terus gie Hospital Dungun (wekkkks) area emergency tue. Mujur ada Sayme temankan. Tanpa ragu, doktor confirmkan aku ada migraine. Terus dia amik picagari, suntik kat bontot; ok boleh gelak sambil guling-guling atas tanah. Doktor kata ubat tu kuat + terlalu banyak volume liquid tu, so suntiklah di bontot agar tidak kekebasan lenganku ini... heheheh

Info ringkas pasal migraine pain. And ignore the Adam tue. Idk ape/siapa.

Amazing giler, lepas 7 minit kena suntik, terus hilang migraine aku. Siap bleh gelak2 sakan cam orang giler tak betol dah, Hahaha. Serius happy giler bila dah hilang, sebab sakit dia hanya tuhan yang tahu. So, sekarang aku pasti, yang aku takleh tengok wayang sebab first; sound terlalu kuat; and 2nd, lighting transition yang terlalu pantas; mengelirukan otak = migraine.

Takper la. Tak perlu lagi ke TGV or GSC. Boleh download ape citer nanti... Heheheh

For more information pasal migraine pain ini, sila2 la jenguk website INI. Sungguh informative maklumat yang dipaparkan.

Okay, I'm outta here. Nanti ada latest news or happenings, I shall update ok!


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah Kaki, Hospital Dungun dan Cellulitis...

My Weird Habit

Introduction to Prince Charming...