The Very Last Day in Shah Alam... and Returning Soon...
Hari ni, tanggal 10 April 2011 menjadi sejarah [ewah]... Sebenornya, last day aku kat Shah Alam... Hari nie, aku stay Shah Alam, buat event business part time aku kat Sepang, and lepas je event tu, balik ke rumah sewa, dan berkemas-kemas ntuk pulang...
Dan kali ini bukan sekadar propa cakap je nak balik, tapi sememang-memangnya akan balik ke Terengganu... Mengapakah perasaanku begini? Tatkala hati meronta nak balik ke kampung halaman, tiba2 datang sayu dalam hati bila terlintas di kepala nak balik...
Mungkin benar kata orang, bila travel sebagai seorang pelajar nie, bila tiba je waktu ntuk pulang, memang biasanya sedih... sebab bukan sekadar meninggalkan tempat itu, tetapi meninggalkan juga segala memori manis dan pahit yang terkumpul sepanjang tempoh menetap...
Ye. Aku akan merindui suasana Shah Alam. Merindui bunyi gitar dan gelak tawa dalam rumah sewa dengan housemate2 aku yang giler2 nie...
TETAPI! Sebelum aku dan korang yang baca nie nak masuk mood sayu sekali ngan aku, hendaklah anda mengetahui bahawa aku akan pulang semula ke Shah Alam pada bulan September nanti kalau berjaya mendapat tawaran menyambung degree... Mungkinkah ada tempat ntuk degree buat aku di UiTM Shah Alam itewww??? InsyaAllah ada...
So, kejap je la sedih... Nanti datang balik, pastu merungut nak balik Terengganu lagi... Hahaha... Sabor je la korang dengan aku...
Comments
Post a Comment