Hola West
Okay, since cuti sambil menunggu result and masuk degree is soooo long, I decided to get busy by getting a job. First, si Nazri da sibuk carikan untuk aku, sabar je la kau Naz, aku tak dapat nak tolong. Katanya, ada keje sekitar Johor Bahru and also Singapore. Akan tetapi, maybe rezeki aku tidak ada untuk ke sana, so I stay jobless ----> but not for long... One day I was getting text messages from Sayme and Kerol. Katanya Puan Aisah memerlukan pekerja untuk kedai makan western milik beliau kat Dungun...
And I was like, "Hola West? Kedai Pn. Aisah tue?"... Hurmm... Tak tahu kenapa, aku tetiba dapat instant feeling of interest. Aku rasa cam, ok ape kalau keje kat kedai Pn. Aisah tue. Tempatnya kecil, very cozy, and tengok daripada menu, macam senang saja nak buat... Hrmmm...
So, I told S&K to hold on for a while, sementara aku nak berfikir lagi... And dalam masa 24 jam, aku dah confirmkan dengan diorang, aku amik keje tue... Gaji pon ok, waktu keje, petang saje [4.30pm - 11pm] which is totally great sebab aku nie suka keluar malam segala, and tido pon suka nak lewat, maka *ketidakperluan untuk saya bangun tido pagi2 sangat fabulous!!! Hahaha...
Yes, I finally got a job. Maybe bukan kat hotel pat lima bintang, atau resort yang jauh nun di Singapore atau Johor, but Dungun, antara tempat feveret aku sejak aku buat diploma. Besides, keje ngan Puan Aisah, cool kot dia. Totally an advantage...
Nie la dia, the HolaWest of Dungun. |
My parents was like 'Ingattttttt, Amar yang nak gie keje, kitorang tak suruhhh, INGAT YEEEE!!!"... Maknanya, it was me yang nak pegi sangat keje tue, sedangkan diorang lebih prefer I duk rumah, goyang kaki and berehat je. Ye la, makan free, tidor ada katil selimut sendiri, t.v ada, streamyx ada, semua la ada... So, maka, jika aku nak keluar bekerja, aku dilarang sama sekali meminta wang daripada mereka or my siblings, because, point of working is to make money, not to ask money... So, aku terima segala syarat2 dan peraturan mereka tue, sebab, selain nak independent, and cari duit poket sendiri, aku sangat bosan duk rumah sebenarnya. Hahahahaha...
Maka, bermula dari 14 Mei 2011, bermulalah perjalanan aku sebagai perantauan--->kehkehkeh. Aku stay di rumah sewa Sayme, Kerol and Qayyum buat sementara, and hari pertama bekerja... fuyoo, berdebor bukan main. Yelah, kedai tu operate dengan suami Puan Aisah sebagai lead cook, En. Azmi yang sebelom nie aku tak pernah kenal pon. Cuma tahu dia pernah mengajar kat UiTM je before this... In fact, lepas keje 3,4 hari, baru la aku tahu nama dia Encik Azmi, sebab aku nie memang tak reti2 nak tanya; hahahaha. Communicate pon panggil, "Cik" je... Hahaha... Pn. Aisah pon ada skali...
Anyway, first day sangat confusing bagi aku. Menu nya ada banyak. Yang itu serve dalam bakul, itu atas paper, itu atas hot plate, itu kalau nak tapau paper nie, ini nak tapau kena paper nie, cara nak tapau cam nie, lipat situ sana sini ---> sungguh mengelirukan sekali... I was like 'Ha?". Hahaha... So many benda nak obsorb, sama seperti latihan praktikal... Hari pertama memang nak gubra, memang kita nak tolong buat keje, masalahnya, tak tahu flow tempat tu cam mana. So, alhamdulillah, dah nak masuk 3 minggu keje nie, bolehhh la aku buat keje, especially bab2 nak tapau, plating tue. Jadi cashier, amik order, cuci pinggan mangkuk, clear meja, bersihkan kedai... Sungguh banyak talentku... Hahaha...
Amik kau! Tengok sajalah ini menu, jangan kata tak cukup pilihan makanan... |
Puan Aisah was so nice, dia suruh je aku makan ape ade dalam kedai tue yang aku rasa nak makan. Sesungguhnya offer begitu sangat best sebab aku memang dilahirkan dengan palate dan perut yang dahaga dengan makanan... Lihat le perutkuuu "berapeeeeee bulannnn???????"... Fine, aku buncit, xde kena mengena dengan kamu. Hahahaha. Tapi disebabkan masalah "kemaluan" or "malu2" yang melampau, amat susah ye bagi saya nak pilih and makan makanan dalam kedai tue... Kau tahu, bukan murah barang2 situ, senang2 aku je nak makan?! Tapiii... lapar.... Maka, pilihan yang paling senang, menu yang tak perlu susah2 nak masak atas dapur, cuma harusku panaskan je... LASAGNA... Dan aku akui, sejak makan lasagna kat situ, aku jadi ketagih... Tiap2 hari nak kebas lasagna... Sungguh bebal perot aku, pilihlah yang lain, tapi mengada, sangap nak lasagna jugak...
And hari2 mendatang bekerja di kedai itu, diikuti dengan siri2 "Malunya Aku!"... Siri2 ini bermula dengan kehadiran lecturer2 aku yang mengajar sejak part one sampai la abes diploma nie... Aku tak tahu kenapa, nampak je lecturer datang, aku yang lemah lutut. Sungguh asshole. Aku nie memang segan kot kalu jumpa lecturer. Pemalukah aku? Atau mungkinkah tidak tahu malu??! Sungguh confusing... Selain itu, siri ini juga harus ditempuhi dengan budak2 UiTM yang mengenali aku... Nampak je aku, boleh plak tanya "Repeat paper ke?" sedangkan mereka nampak aku bekerja kat kedai tu nak repeat paper abenda nye. So bebal uolls. Haish...
Hahahaha... So far so good bekerja. Memang susah nak cari duit. Patut la mak ayah marah kalau kita bazir2, sebab duit bukan senang nak cari. Kalau nak bersenang slalu, makan besar2, baju nak beli tiap2 minggu, maka memang kena keje keras la kalu nak merasa semua tue... Saya sudah sedar yeee... Anda pon mula2 la sedor ye... Thanks.
This is all for today. Next time aku update lagi. Tengok la gambar2 sekitar HolaWest nie... And untuk maklumat lebih lanjut pasal HolaWest, bleh klik di SINI.
This is MENU of THE DAY, or TODAY's SPECIAL. |
This is the interior decoration of the restaurant. Sungguh cool, isn't it?! |
This is one of the famous order, Grill Chicken with Vegetable and Black Pepper Sauce. Yummy! |
Disclaimer: Pic is courtesy from Homestay Muslimah (http://homestaymuslimah.blogspot.com/2011/05/western-food-di-pantai-dungun.html)
XOXO.
Comments
Post a Comment